REVOLUSI IRAN PENCETUS KEBANGKITAN FAHAMAN SYIAH YANG MENGANCAM AKIDAH UMAH ISLAM DI NEGARA INI

Revolusi Iran pada tahun 1978/1979 telah menyaksikan kebangkitan besar-besaran pengaruh Syiah di bawah kepimpinan Ayatullah Khomeini yang telah menjatuhkan kepimpinan diktator Shah Iran, Muhammad Reza Pahlavi.

Pengisytiharan Khomeini terhadap penubuhan Republik Islam menggantikan kerajaan Shah Iran dilihat oleh dunia sebagai pencetus suatu terhadap kebangkitan semula kuasa Islam di dunia.

Namun, hakikatnya kebangkitan itu khusus mewakili kelompok Syiah Imamiah yang dikembangkan semula oleh Khomeini. Penubuhan tersebut bukan sahaja tidak berkongsi visi dan misi dengan Ahli Sunni, bahkan dalam strategi dan matlamat perjuangan mereka telah meletakkan Ahli Sunni sebagai musuh utama melebihi Yahudi dan Kristian.

Sebagai bukti, menurut Sa’id Hawwa yang memimpin gerakan Islam di Syria pada zaman itu menyatakan bahawa Khomeinisme hanyalah lanjutan kepada tipu helah Syiah yang penuh dengan kedustaan (taqiyyah).

Khoimeini juga telah melanjutkan celaan Syiah terhadap para sahabat nabi malah peminggiran secara berperlembagaan terhadap ajaran Ahli Sunni dan identiti selain Syiah telah dilakukan secara terang-terangan.

Jika sebahagian Syiah bersikap melampau di dalam prinsip taqiyyah (berpura-pura), di era Khomeini dan Revolusi Iran, taqiyyah itu menjangkau kepada penglibatan senjata api.

Sebagai contoh, Khomeini pernah melaungkan penentangannya terhadap penguasaan Yahudi di Palestin, namun pada masa yang sama, mengadakan kerjasama sulit dengan pihak musuh itu dan memberikan kemaslahatan kepada mereka.

 

Sumber: Syi’ah Komplot Tawan Dunia, karya Syeikh Abu Muhammad Musanna

 

Comments