SYIAH MENYEMAI API PERMUSUHAN DAN MENYEBAR FITNAH TERHADAP GOLONGAN SUNNI SEJAK AWAL ZAMAN KHALIFAH AR-RASYIDIN - TOLAK SYIAH!!!
Perkataan
‘Syiah’ dari segi bahasa bermaksud pengikut dan pembela seseorang. Pada zaman
awal Islam, perkataan ‘Syiah’ hanya digunakan mengikut makna asal iaitu
penyokong bagi kumpulan-kumpulan yang bertelagah dalam perkara-perkara yang
berhubung dengan siasah (politik) atau pengurusan negara.
Sebagai
contoh semasa berlaku pertikaian antara Muawiyah dan Saidina Ali selepas kewafatan
Saidina Uthman yang pada hakikatnya hanya bersifat politik semata-mata dan
tidak membabitkan akidah dan pegangan agama. Pengikut Saidina Ali disebut
‘Syiah Ali’ manakala pengikut Muawiyah disebut ‘Syiah Muawiyah’.
Namun,
penggunaan perkataan ‘Syiah’ kemudiannya berkembang kepada pengertian khusus
yang mendakwa diri mereka sebagai pengikut setia Saidina Ali dan Ahlul Bait.
Semenjak peristiwa kematian Saidina Hussin bin Ali di Karbala, pengaruh Syiah
semakin meluas lalu dikenali sebagai satu fahaman dan mazhab yang telah
menyentuh persoalan akidah. Perselisihan terjadi dengan lebih besar disebabkan
akidah dan syariat yang diyakini oleh golongan Syiah yang menyeleweng daripada
akidah dan syariat yang dipegang oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Malah
golongan Syiah terus meniupkan api permusuhan dengan golongan Ahli Sunnah
dengan menfitnah sahabat-sahabat Rasulullah SAW termasuk Saidina Abu Bakar,
Saidina Umar, Saidina Othman dan lain-lain, yang dikatakan berkhianat malah
mengkafirkan sahabat-sahabat r.a. tersebut. Mereka mencipta ajaran bid'ah yang
dkatakan sebagai ajaran Islam yang benar yang diajarkan oleh Imam-imam mereka
yang diyakini maksum dan menjadi wakil Tuhan
Nama
Saidina Ali dan Ahlul Bait digunakan sebagai topeng bagi melindungi ajaran
bid'ah yang mereka bawa dengan tujuan meruntuhkan Islam yang dipegang oleh
golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Syiah yang sekarang tidak boleh diajak
berbincang dengan lidah, sebaliknya mereka menunjukkan penentangan terbuka
dengan senjata terhadap Ahli Sunnah.
Kebencian
Syiah yang amat sangat ditunjukkan kepada Ahli Sunnah sehingga sanggup bersama
melakukan pengkomplotan bersama kaum kuffar semata-mata untuk menghancurkan
golongan Ahli Sunnah, maka ketika ini kita kena menilai kembali hubungan kita
dengan Syiah.
Sumber:
Buku 'Mengenal Hakikat Syiah', Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
dan Buku 'Syi’ah Komplot Tawan Dunia', Sheikh Muhammad Musanna.
Comments
Post a Comment