Firman
Allah SWT:
“Dan
berpegang teguhlah dengan tali Allah (ajaran dan panduan daripada Allah) dan
janganlah kamu berpecah- belah.” (QS Ali Imran: 103)
Sesungguhnya
manusia tidak mampu hidup bersendirian. Bahkan manusia memerlukan orang lain
untuk meneruskan hidup dan mengharungi cabaran. Setiap individu membentuk
keluarga, dan seterusnya setiap keluarga pula membentuk satu ummah. Pada hari
ini, kita telah menyaksikan banyak perpecahan dalam kalangan umat Islam yang
membawa kehancuran. Lihat sahaja pada hari ini apabila ada segelintir umat
Islam sendiri tanpa segan silu cuba melakukan perpecahan terhadap sesama
saudara agama mereka dan lebih menyokong golongan kafir harbi demi sebuah
kemewahan.
Umat
Islam adalah penduduk majoriti di dunia ini, adakah kita sanggup menyaksikan
perang saudara seagama yang lebih banyak menyebabkan kemusnahan? Sebagai umat
Islam yang menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup, kita
seharusnya tahu dan mengerti maksud sebenar ayat dari surah Ali Imran diatas.
Berpegang teguhlah dengan tali Allah atau dalam erti kata lain perkuatkan iman
kita kerana musuh-musuh Islam sentiasa menunggu peluang untuk memecahbelahkan
perpaduan umat Islam demi kepentingan diri.
Oleh
itu, beringatlah! Ada segelintir manusia yang suka menjadi batu api, menabur
fitnah dan suka menanam sifat kebencian. Segala maklumat yang disebarkan
langsung tidak bersandarkan ilmu dan fakta, jauh sekali untuk melakukan
tabaiyun. Merekalah yang akan mendapat laba keuntungan di atas perpecahan umat
Islam. Seeloknya, jauhkanlah diri kita daripada golongan sebegini dan jika
tidak boleh dielak maka uruslah perselisihan yang timbul dengan penuh hikmah.
Walaupun ia berpunca daripada sebab yang sangat kecil dan remeh, tetapi jika
dibiarkan ia bakal membarah.
Jadikanlah
iktibar daripada sejarah kejatuhan Empayar Uthmaniah, kerana adanya sifat tamak
haloba, dengki mendengki diantara satu sama lain, para pemimpinnya bertelagah
dan beberapa siri pengkhianatan berlaku. Lalu, jatuhlah sebuah empayar yang
paling digeruni pada abad tersebut. Umat Islam hendaklah mensyukuri nikmat
persaudaraan Islam yang berdiri di atas akidah mengEsakan Allah, bersatu padu
dan mesti menjaga kesatuan ummah dan mengeratkan persaudaraan sesama Islam demi
kesejahteraan ummah dan sejagat.
Allah
berfirman dalam surah al-Hujurat, ayat 10:
“Sebenarnya
orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua
saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu
beroleh rahmat”.
Sumber: Harian Metro “Tiada manfaat
kita berpecah belah” (10 Mei 2018) dan Unit Khutbah, Jabatan Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Comments
Post a Comment