Jika
dilihat sekali imbas tanpa mengkaji secara terperinci dari segi penyelewengan
ideologi perjuangannya, gerakan Hizbut Tahrir seolah-olah memperjuangkan dakwah
Islam yang baik. Penubuhan Hizbut Tahrir dikatakan bertujuan melanjutkan
kehidupan Islam dan mengembangkan dakwah ke serata pelosok dunia.
Tujuan
utamanya adalah supaya umat Islam berada di sebuah Dārul Islam iaitu satu
negara yang mengamalkan sistem Islam dan menjalankan hukum Allah s.w.t walaupun
penduduk majoritinya bukan muslim. Manakala Dārul Kufur pula ialah negara yang
mengamalkan undang-undang selain daripada syariat Islam walaupun penduduknya
majoriti muslim.
Menurut
pengasas gerakan Hizbut Tahrir, Sheikh Taqayuddin An-Nabhani, mereka telah
menetapkan tiga *peringkat utama dalam melaksanakan misi mereka iaitu untuk
menegakkan sistem Khilafah Islam di dunia.
Pertama,
tahap pembinaan ketenteraan (marÍalah altatsqif). Tahap ini merupakan tahap
permulaan untuk membentuk anggota tentera yang mempercayai pemikiran dan metod
dakwah Hizbut Tahrir.
Kedua,
tahap berinteraksi dengan umat (marÍalah tafa’ul ma’a al-ummah). Tahap ini pula
dilaksanakan agar umat Islam turut memikul kewajipan berdakwah kepada seluruh
umat manusia dengan yakin dan ikhlas dengan menanamkan ideologi Hizbut Tahrir
kepada mereka.
Ketiga,
tahap mengambil alih kuasa (marÍalah istilaam alhukm). Tahap ini merupakan
tahap yang terakhir dalam tahap menegakkan Khilafah yang diperjuangkan iaitu
dengan memastikan pemikiran dan kaedah yang dibawa oleh mereka berdasarkan
prinsip-prinsip Islam akan dilaksanakan oleh semua umat Islam di seluruh dunia.
Peringkat ketiga ini lebih kepada pembentukan sistem Khilafah dalam sistem
pemerintahan. Bahkan di peringkat ini, meminta pertolongan dari orang-orang
kafir juga dibenarkan.
Kesimpulannya,
perjuangan sistem Khilafah Hizbut Tahrir bukanlah perjuangan sepertimana
perjuangan pembentukan sistem Khilafah
sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w seperti yang dicanangkan
oleh mereka, bahkan pendekatan yang digunakan oleh mereka juga dilihat kurang
sesuai dengan keperluan semasa.
Apa
yang dicanangkan bagi membangunkan daulah Islam hanyalah laungan semata-mata
sedangkan jemaah mereka tidak mengikut cara Islam secara kaffah kerana tidak
mementingkan perjuangan untuk membentuk akhlak yang mulia, malah terdapat
pemahaman akidahnya yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sumber: Jurnal Pengajian
Islam, Akademi Islam, Kuis
Comments
Post a Comment