KEPERCAYAAN TERHADAP IMAM MAHDI PENGANUT SYIAH ADALAH BERTENTANGAN SAMA SEKALI DENGAN KEPERCAYAAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Jika
kita ingin mencari titik pertemuan antara Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah,
sudah pasti tidak akan bertemu persamaannya. Menurut kajian berasaskan pelbagai
hadis sahih dan hadis umum terdapat bukti-bukti yang menunjukkan perbezaan Imam
Mahdi Ahli Sunnah dengan Imam Mahdi Syiah. Antaranya adalah seperti berikut:
Pertama,
Imam Mahdi Ahli Sunnah bernama Muhammad bin Abdullah sama dengan Nabi Muhammad
S.A.W dan nasabnya. Sedangkan Imam Mahdi Syiah namanya Muhammad bin Hasan
al-‘Askari.
Kedua,
Imam Mahdi Ahli Sunnah dari keturunan al-Hasan bin Ali. Sedangkan Mahdi Syiah
dikaitkan dengan keturunan al-Hussain bin Ali dan dianggap berbangsa Iran
(Parsi).
Ketiga,
Imam Mahdi Ahli Sunnah kelahiran dan kehidupannya sama seperti manusia yang
lain. Sedangkan Imam Mahdi Syiah dikatakan dikandung dan dilahirkan dalam waktu
semalam, lalu masuk Sirdab (gua tempat perlindungan dari terik matahari) di
kota Surra man Ra`a yang terletak antara kota Baghdad dan Tikrit, Iraq) pada
umur 9 tahun. Imam Mahdi Syiah akan memunculkan dirinya bila tiba waktunya
nanti
Keempat,
Imam Mahdi Ahli Sunnah muncul untuk menolong kaum Muslimin secara umum tanpa
membezakan jenis mereka. Sedangkan Imam Mahdi Syiah hanya untuk Syiah Rafidhah
yang sangat benci kepada bangsa Arab, lebih-lebih lagi kaum Quraisy dan Ahli
Sunnah Wal Jamaah.
Kelima,
Imam Mahdi Ahli Sunnah mengamalkan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W dan membanteras
Syiah. Sedangkan Mahdi Syiah mengajak kepada agama baru dan kitab baru yang
dikaitkan dengan kitab Nabi Daud a.s.
Keenam,
Imam Mahdi Ahli Sunnah memakmurkan masjid. Sementara Mahdi Syiah pula akan
menghancurkan masjid termasuklah Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan seluruh
masjid yang tidak berimamkan imam-imam Syiah.
Antara
bukti-bukti yang telah disebutkan di atas menunjukkan bahawa betapa berbezanya
akidah Syiah dalam permasalahan Imam Mahdi berbanding dengan apa yang diyakini
oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Malah, fahaman Syiah amat dekatnya dengan ajaran
Yahudi.
Sumber: Buku 'Syiah
Komplot Tawan Dunia', Sheikh Abu Muhammad Musanna.
Comments
Post a Comment