KESESATAN SYIAH!!! TERLALU MENGAGONGKAN IMAM MAHDI (IMAM MAHDI SYIAH) DAN MENUDUH PARA NABI DAN RASUL GAGAL DALAM USAHA DAKWAH MEREKA



Pengikut Syiah berpendapat bahawa isu keghaiban Imam Mahdi (Imam Mahdi Syiah) adalah satu isu penting yang menjelaskan bahawa tiada seorang pun yang dapat melaksanakan tugas yang besar iaitu tugas melaksanakan keadilan dengan maknanya yang sebenar ke seluruh alam kecuali Imam Mahdi (Imam Mahdi Syiah iaitu Muhammad bin Hasan Al-Askari yang didakwa ghaib pada tahun 260H).


Kononnya menurut mereka, tugas ini hanya boleh dipikul oleh Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu dan disimpan oleh Allah S.W.T. untuk manusia. Mereka menuduh setiap nabi yang datang gagal untuk menegakkan keadilan dan melaksanakan tugas ini ke seluruh alam termasuklah Nabi Muhammad S.A.W.


Fahaman Syiah juga mendakwa bahawa orang-orang yang benar berjaya menepati sepenuhnya tugas tersebut dan melaksanakan keadilan ke seluruh alam adalah al-Mahdi al-Muntazar (Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu).


Kedudukan imam-imam Syiah juga dikatakan seperti kedudukan nabi-nabi bahkan mengatasi mereka. Oleh sebab itu, kubur-kubur imam mereka dimuliakan, dipuja dan menjadi tempat tawaf melebihi ka’abah kerana imam-imam Syiah dianggap maksum. Sehinggakan meminta hajat di perkuburan mereka tidak dianggap syirik malah digalakkan dan mendapat pahala.


Sumber: Mukhtaaraat min Ahaadith wa Khitaabaat, al-Imam al-Khomeini, hal.42 dan buku 'Syiah Komplot Tawan Dunia, Sheikh Abu Muhammad Musanna.

Comments