PERKEMBANGAN FAHAMAN SYIAH DI NEGARA INI BOLEH MENYEBABKAN PERTEMBUNGAN ANTARA SUNNI - SYIAH YANG BOLEH MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA


Ancaman terhadap keselamatan negara hari ini tidak lagi terbatas kepada peperangan semata-mata. Ancaman bukan tradisonal seperti perbalahan mazhab dan konflik agama turut

memberi kesan terhadap keamanan sesebuah negara. 


Di Malaysia, walaupun fahaman Ahli Sunnah Wal Jemaah diisytiharkan sebagai pegangan rasmi umat Islam di negara ini, namun masih terdapat segelintir masyarakat yang berpegang pada fahaman Syiah. Malah fahaman ini dilihat semakin berkembang ke seluruh pelosok negara meskipun fahaman Syiah ini sangat bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Adakah fahaman Syiah boleh menjadi ancaman terhadap keselamatan negara?


Pada tahun 2013, Tan Sri Khalid Abu Bakar (Mantan Ketua Polis Negara 2012-2017)

pernah menjelaskan kehadiran kumpulan Syiah dengan jumlah yang tidak terkawal di

Malaysia boleh menimbulkan pertembungan antara kumpulan Syiah dan Sunni sehingga

mengancam keselamatan Negara.


Sekiranya Malaysia tidak mengambil pendekatan awal bagi menangani peningkatan jumlah penganut fahaman Syiah di negara ini, tidak mustahil akan wujud perselisihan fahaman antara golongan Sunni dan Syiah memandangkan masyarakat Malaysia adalah majoriti berfahaman Ahli Sunah Wal Jemaah.


Kegagalan mengawal konflik antara Sunni-Syiah ini dikhuatiri boleh mengundang

ketidakstabilan dalam negara. Contohnya di Saudi, peristiwa pemberontakan masyarakat

Syiah di Qatif masih dibincangkan sehingga hari ini. Peristiwa berkenaan berlaku hanya

sejurus selepas kemenangan Khomeini (Imam Besar Syiah) menggulingkan Shah Iran dalam Revolusi Iran.

Justeru itu, kita perlulah mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa lepas yang pernah berlaku di negara-negara lain supaya keselamatan negara tidak tergugat dan keharmonian negara tetap terjaga.


Sumber: Jurnal of Social Sciences and Humanities, UKM.

Comments