AWAS!!! JANGAN TERPENGARUH DENGAN KELICIKAN HIZBUT TAHRIR MENGGUNAKAN ISU SEMASA DAN MEDIA SOSIAL UNTUK MENYEBAR DAN MENARIK SOKONGAN MASYARAKAT SUPAYA MENYOKONG IDEOLOGI 'KHILAFAH'NYA
Tujuan penubuhan Hizbut Tahrir
adalah menginginkan tertegaknya pemerintahan Islam atau Khilafah Islamiyah
dengan cara dakwah dan jihad. Namun, perlu diingatkan bahawa matlamat tidak
menghalalkan cara.
Sekiranya diteliti dan dikaji dengan
lebih mendalam, terdapat pull and push
factors yang mendorong kenapa idea-idea yang dibawa Hizbut Tahrir boleh
mempengaruhi setiap lapisan masyarakat.
Kemampuan Hizbut Tahrir dalam
mengemas ideologi-ideologi berkenaan Khilafah Islamiyah dengan argumentasi yang
baik (pull factors) iaitu gabungan antara cara berfikir normatif dan doktrin
yang disemaikan oleh mereka kepada masyarakat. Hizbut Tahrir dalam mempengaruhi
masyarakat cuba mengenengahkan isu-isu semasa yang dikaitkan dengan Islam dan
mengajak masyarakat berpaling daripada sistem yang ada kepada sistem Islam yang
benar mengikut pandangan mereka. Malah mereka cuba memberi justifikasi bahawa
apa yang berlaku di dunia hari ini adalah disebabkan umat menolak sistem Islam
dan Khilafah Islam yang akan membawa kemakmuran kepada seluruh kehidupan di
dunia ini.
Ketidakstabilan politik atau
perhubungan antarabangsa serta ketidakadilan ekonomi yang melanda negara-negara
yang mempunyai penduduk Muslim mampu meraih rasa simpati terhadap gagasan
Khilafah Islamiyah yang diperjuangkan oleh mereka itu.
Peradaban Islam yang menjadi mundur
disebabkan oleh penjajahan yang dilakukan oleh Barat telah menjadi faktor
kepada kemunculan banyak gerakan Islam untuk menyelamatkan Islam termasuklah
Hizbut Tahrir yang memodifikasikan hukum Islam yang sebenar dengan membentuk
negara-negara Islam yang kecil dan akhirnya mengarahkan kepada bersatunya di
bawah komando kekhilafan internasional.
Modifikasi yang dibuat oleh Hizbut
Tahrir disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya ialah berkenaan dengan
pemilihan strategi, Hizbut Tahrir yang ingin memulakan perubahan melalui
peringkat yang kecil terlebih dahulu. Hal ini bermaksud mereka akan merekrut
atau mendoktrinkan ideologi kepada rakyat terlebih dahulu secara perlahan-lahan
dan kemudiannya apabila sudah mempunyai kekuatan, mereka akan menggulingkan
kerajaan dan pemerintahan yang sedia ada dan bergabung dengan kumpulan Hizbut
Tahrir di negara lain untuk membentuk Khilafah Islamiyah dibawah satu ketua.
Oleh sebab itu usaha seperti yang
ditunjukkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkenaan
ingin menghapuskan Hizbut Tahrir Malaysia adalah perlu disokong dan diberikan
kerjasama sepenuhnya oleh semua pihak. Pemantauan yang berterusan perlu
dilakukan di seluruh Malaysia kerana ia boleh menjadi pencetus kepada
ketidaktenteraman awam dan mengancam keselamatan negara.
Sumber: Journal of
Islam and Plurality, Vo. 4(1), 2019.
Comments
Post a Comment