FAHAMAN LIBERAL YANG BERPEGANG KEPADA FALSAFAH KEBEBASAN AKAN MEMBAWA SESEORANG SEMAKIN JAUH DARIPADA AJARAN ISLAM
Akar
falsafah liberal sangat rapat dengan tamadun Barat. Prinsip utama liberalisme
adalah memperjuangkan kebebasan manusia. Golongan itu mahu manusia hidup bebas
dan tidak dikongkong oleh mana-mana sistem nilai, agama dan perundangan.
Tiada
sistem nilai, undang-undang dan akhlak yang boleh memaksa mereka berpegang
dengannya termasuklah agama, mitos dan sistem kepercayaan yang dibawa dalam konteks
budaya.
Disebabkan
berpegang kepada prinsip dan falsafah kebebasan serta keterbukaan dalam semua
aspek kehidupan menyebabkan golongan itu bebas menentukan sistem nilai terbaik
buat diri mereka dengan menggunakan akal sebagai pertimbangan.
Istilah
liberal juga dikaitkan dengan sikap antifeudal iaitu tidak terikat dengan
mana-mana kekuasaan politik. Dari segi ekonomi, liberalisme membawa pendekatan
pasaran bebas yang membataskan tanpa campur tangan kerajaan yang memerintah.
Dari sudut sosial pula, mereka akan memperjuangkan kebebasan wanita.
Wanita
tidak boleh dikongkong dan sebab itu mereka melihat perkahwinan sebagai satu
kontrak (partnership). Apabila berkahwin, golongan itu mahukan hak persamaan
iaitu kesamarataan jantina dan penghapusan kawalan terhadap individu.
Dalam
konteks agama, sudah pasti liberalisme mempunyai agenda khusus. Bagi mereka,
agama menjadi punca mereka disekat serta dicengkam selama ribuan tahun oleh
kelompok yang dikatakan sebagai institusi agama.
Agama
tidak boleh ditentukan oleh kuasa mutlak yang akhirnya membataskan kebebasan
manusia. Kalau hendak beragama, agama itu perlu bebas membuka ruang bagi
mentafsirkan sumber agama dari sudut pandang apa sekalipun.
Sumber: Harian Metro, 29
Ogos 2018.
Comments
Post a Comment