Agama
Islam adalah agama yang mengajarkan persaudaraan, saling mengasihi, saling
menolong dan saling membela sesama Muslim dalam kebenaran dan seorang yang bergelar
muslim adalah bersaudara dengan muslim yang lain. Oleh itu, tidak
seharusnya kebencian beraja di dalam diri mereka, permusuhan yang berpanjangan
dan sifat dengki tidak patut mempengaruhi akhlak mereka.
Maka,
jika ada dua Muslim yang saling berseteru, janganlah kita mengeruhkan lagi
keadaan yang sudah berserabut itu. Sebaliknya, cari jalan perdamaian di antara
kedua-dua belah pihak dan perbuatan itu mestilah diniatkan kerana Allah SWT.
Daripada
Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Pintu-pintu syurga
dibuka setiap hari Isnin dan Khamis. Lalu diampuni dosa seluruh hamba yang
tidak berbuat syirik (menyekutukan) kepada Allah dengan sesuatu apapun. Kecuali
orang yang sedang ada permusuhan dengan saudaranya. Dikatakan: Tunda amal dua
orang ini, sampai keduanya berdamai… tunda amal dua orang ini, sampai keduanya
berdamai… tunda amal dua orang ini, sampai keduanya berdamai… (HR. Imam Malik:
2565)
Pengajaran
daripada ayat diatas, Allah akan menangguhkan penerimaan amal dan keampunan
daripada dua orang Muslim yang bermusuhan sehingga mereka berdamai dan ayat ini
diulang oleh Rasulullah SAW sebanyak tiga kali di dalam hadis. Ini bermakna ia
adalah sebuah peringatan yang serius kepada umat Islam. Walau sebanyak mana pun
amal dan ibadah yang kita lakukan kepada Allah, ia tetap tidak akan diterima
selagi mana kita sesama Muslim tidak berbaik.
Rasulullah
SAW juga memberi amaran bahawa orang yang memboikot saudaranya tanpa alasan
yang benar selama setahun, dosanya seperti menumpahkan darahnya. Dari Abu
Khirasy As-Sulami RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa
yang memboikot saudaranya setahun, dia seperti menumpahkan darahnya.” (HR Abu
Daud: 4915)
Oleh
itu, Jadikanlah diri kita orang yang segera menamatkan permusuhan sesama Muslim
jika ada, agar amal kita diterima dan mendapat pengampunan serta rahmat Allah.
Sesungguhnya kebencian di antara satu sama lain tidak akan membawa keuntungan
dan sebarang kebaikan malah dimurkai Allah SWT. Seharusnya kita cuba berfikiran
positif dan cuba memaafkan orang lain andai mereka pernah membuat kesalahan
dengan kita kerana memaafkan itu lebih mulia dari meminta maaf.
Sumber:
Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Laman Portal SalamWeb Today
Comments
Post a Comment