ISLAM ITU MUDAH, JANGAN DIPERSULITKAN DAN ISLAM ITU SEDERHANA, JANGAN BERSIKAP 'GHULUW' (MELAMPAUI BATAS)
Islam merupakan agama yang bersifat sederhana iaitu tidak memberatkan dan juga tidak terlalu memudahkan kepada penganutnya. Ini juga merupakan keindahan Islam berbanding agama-agama lain yang sebahagiannya bersifat terlalu keras di dalam sesuatu perkara. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya agama ini mudah dan tidaklah seseorang mempersulitkan urusan agama kecuali dia dikalahkan (semakin berat dan sulit). Maka hendaklah kamu betul dan besederhana serta hendaklah kamu bergembira. Hendaklah kamu mendapatkan pertolongan di waktu pagi dan petang serta sebahagian daripada waktu malam yang berlalu.”
Dengan adanya Islam, Allah mengangkat kesulitan dalam ajaran agama terdahulu. Contohnya, dalam agama terdahulu taubat hanya akan diterima dengan hanya melakukan pengorbanan nyawa sedangkan dalam Islam cukup dengan penyesalan dan insaf serta keinginan kuat tidak akan mengulangi dosa yang sama. Bukan itu sahaja, Islam juga adalah agama yang mudah dalam pelaksanaan ibadah dan tidak menyusah serta memberatkan penganutnya. Hal ini kerana dalam setiap pelaksanaan ibadat itu Allah SWT sudah tetapkan adanya rukhsah sebagai bentuk kesenangan untuk umatNya melaksanakan.
Oleh
itu, apa yang kita perlu lalukan adalah buat dan laksanakan ibadah dengan cara
yang betul dan beserdehanalah semasa menunaikannya dengan cara tidak
menyeleweng atau melampaui batas. Namun, jangan pula kita lakukannya dengan ala
kadar dan sedikit sehingga mengabaikan kewajipan dan kesempurnaannya.
Sumber: Pejabat Mufti
Wilayah Persekutuan
Comments
Post a Comment