JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN PROPOGANDA ‘PERPADUAN SUNNI-SYIAH’ YANG DICANANGKAN OLEH PENGIKUT SYIAH KERANA IA AKAN MENYEBABKAN UMAT ISLAM TERUS TERKELIRU DENGAN KESESATAN AJARAN SYIAH
Sudah
hampir sedekad ajaran atau fahaman Syiah ini diharamkan oleh pihak berkuasa di
Malaysia, namun begitu ianya didapati terus berkembang sehingga menimbulkan
kebimbangan yang boleh mengundang perpecahan dan permusuhan dalam kalangan umat
Islam itu sendiri.
Lebih-lebih
lagi apabila adanya pengedaran buku-buku Syiah, risalah-risalah yang bukan lagi
diterjemah daripada Bahasa asing, malah ditulis sendiri dalam Bahasa Melayu
oleh warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu sendiri dalam menyebarluaskan
fahaman ini kepada masyarakat awam.
Ini
bermakna dakyah Syiah bukan lagi dijalankan oleh warganegara asing sepertimana
dahulu, namun ia adalah hasil daripada anak-anak Melayu yang kini sudah
bergelar ustaz-ustaz Syiah dan bertindak sebagai rujukan penganut Syiah di
Malaysia.
Slogan
yang sering dicanangkan oleh penganut Syiah ialah ‘Perpaduan Sunni-Syiah’ atas
hujah bahawa kita mempunyai Tuhan yang sama, kiblat yang sama dan nabi yang
sama, dengan tujuan untuk mendapatkan simpati dan perhatian daripada pihak
Sunni. Walhal, semua itu sekadar untuk mengelabui mata majoriti masyarakat
Malaysia yang memegang fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah agar Syiah dapat diterima
dengan mudah dan berdiri sama tinggi di Malaysia.
Justeru
itu, negara kita sebagai sebuah negara Islam, undang-undang perlu ditegakkan
bagi menjaga maslahah ummah. Apatah lagi jika ia membabitkan ancaman akidah dan
pemikiran yang boleh memesongkan umat Islam di negara ini. Fahaman Syiah ini
perlu disekat dengan segera. *Berhujah dan berdialog dengan penganut Syiah
serta memberi penjelasan yang berterusan tentang kesesatan ajaran Syiah oleh
para alim ulama memang wajar dilakukan demi menjaga akidah umat Islam daripada
diselewengkan oleh fahaman-fahaman yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal
Jamaah.
Sumber: Buku Soal Jawan
Isu Syiah di Malaysia, JAKIM.
Comments
Post a Comment