KEJAHATAN SYIAH - CUBAAN MELETUPKAN KA’BAH PADA 1987 SUPAYA UMAT ISLAM MENGHADAP KIBLAT KE ARAH KARBALA

Mungkin ada yang tidak tahu, pada tahun 1987, pada zaman Khomeini masih hidup, jemaah-jemaah haji dari Iran membawa beg-beg yang di bahagian bawahnya dialas dengan bahan letupan C4, warna putih. Allah masih menjaga orang Sunnah, Allah masih menjaga Makkah dan Madinah, mungkin ada di antara kita yang tidak suka dengan perangai orang Makkah yang agak kasar dan ada benarnya juga, tetapi Allah mentakdirkan melalui mereka, dengan pihak berkuasa mereka lah, cubaan orang-orang Syiah yang hendak meletupkan Ka'bah, kiblat umat Islam seluruh dunia ini berjaya dipatahkan. Allah telah menyelamatkan Ka'bah daripada dimusnahkan oleh orang-orang Syiah yang ekstrim.

Menurut saksi yang melihat sendiri pihak imigresen di situ berkata, “Aku telah mengeluarkan semua baju-baju jemaah haji Iran itu daripada beg mereka, tetapi beg itu masih berat. Itu yang membuatkan aku mengesyaki sesuatu, kerana itu aku mengorek alas beg tersebut. Dan aku melihat benda putih.”

Selepas mereka selidik, rupa-rupanya benda putih itu adalah bahan letupan C4, terdapat dalam setiap beg Jemaah haji dari Iran. Saya kira pihak tuan-tuan lebih tahu, bahan letupan C4 ini diguna sikit sahaja, tetapi kesan letupannya sangat dahsyat.Mereka telah cuba melaksanakan rancangan jahat mereka untuk meruntuhkan Ka’bah supaya orang-orang Islam berpaling dan solat menghadap Karbala.

Jika ada yang masih tidak tahu, di dunia sekarang sudah ada dua Ka’bah. Mungkin selama ini kita fikir Ka’bah cuma ada satu di Makkah, tapi sebenarnya orang Syiah telah membina satu lagi Ka’bah di Karbala, serupa macam Ka'bah di Makkah. Sudah ada orang yang tawaf di keliling Ka'bah di Karbala. Mereka telah cuba meruntuhkan Ka’bah di Makkah, cuma Allah menggagalkan rancangan mereka.

Syiah amat membenci Sahabat Rasulullah SAW dan juga orang-orang Sunnah/Sunni seluruhnya. Doktrin kebencian ini mereka pupuk sejak kecil lagi kepada anak-anak mereka, serta diajar anak-anak mereka supaya benci kepada Sahabat Nabi terutamanya Sayyidina Abu Bakar dan Omar serta Saiditina Aisyah, isteri Baginda Rasulullah SAW.

Kebiasaan orang Melayu, apabila hendak menakutkan anak-anak supaya jangan buat nakal, mereka menakutkan anak-anak dengan hantu. Orang Syiah juga ada hantunya dan hantu mereka adalah Sayyidina Abu Bakar dan Omar. Bila anaknya bermain dengan mainan, mereka ambil mainan anaknya itu secara senyap-senyap. Anak itu bila sayang pada suatu mainan, mereka akan tercari-cari mana mainan itu, lalu mak ayah mereka mengatakan, Sayyidina Abu Bakar dan Omar ambil. Jadi anak itu dari kecil lagi telah membenci Sayyidina Abu Bakar dan Omar.

Betapa bencinya mereka kepada Sayyidina Abu Bakar dan Omar, sampai pada tempat duduk tandas mereka pun tertera nama Abu Bakar, Omar. Mungkin ada yang tertanya-tanya. Kalau mereka benci sangat kepada Sayyidina Abu Bakar dan Omar, kalau mereka jumpa orang bernama Abu Bakar dan Omar, bagaimana agaknya sikap orang Syiah? Apa yang pasti, di Iran pada hari ini, tidak ada lagi orang yang bernama Abu Bakar atau Omar. Sebab jika mereka jumpa, pasti mereka akan bunuh.

 

Sumber: Petikan rakaman Ceramah Ustaz Abu Omar Idris, 'Bahaya Syiah' di IPD Serdang, 6 Disember, 2013 dan Artikel Gerakan Anti Syiah Malaysia, 24 April, 2014.


 

Comments