Hidup di dalam
negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan agama merupakan satu rahmat buat
umat Islam di Malaysia. Hal ini kerana dengan kepelbagaian itulah kita saling
memahami tentang kepercayaan masing2. Namun, akibat tindakan sesetengah puak
provokator, pelampau agama dan ekstremis membuatkan runtuhnya sebuah perpaduan
dan agama menjadi mangsa sasaran.
Di dalam ajaran
Islam, ia merupakan satu sistem hidup yang bersifat Rabbani dan menganjurkan
kepada manusia agar sentiasa berlaku adil dalam setiap tindakan yg diambil.
Islam juga memberikan penekanan kepada kedamaian hidup, menggalakkan
keharmonian masyarakat dan keamanan bersama agar semua manusia dapat menjalani
kehidupan di dunia dengan aman dan damai.
Firman Allah
SWT:
Dan sesungguhnya
Kami telah memuliakan anak-anak Adam, dan Kami telah beri mereka menggunakan
berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut, dan Kami telah memberikan rezeki
kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka
dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.”
(QS al-Israa’: 70)
Dalam ayat di
atas, Allah memuliakan anak cucu Adam seluruhnya dengan tidak mengira bangsa
dan agama serta golongan dan Allah juga telah melebihkan mereka daripada
makhluk lain. Dalam konteks ini, boleh dikatakan setiap orang mendapatkan hak
yang sama untuk hidup sebagai manusia bermaruah, mendapat rezeki yang sama,
pendidikan yang sama kedudukan yang sama di sisi undang-undang dan peluang yang
sama.
Oleh itu, konsep
persamaan dalam Islam perlu diasaskan kepada kenyataan bahawa kejadian manusia
yang pelbagai etnik, bangsa dan keturunan adalah satu fitrah kehidupan yang
perlu diterima oleh setiap insan. Malah, dengan kepelbagaian itu melahirkan
kepelbagaian budaya, gaya hidup, corak pemikiran serta kepercayaan dan
keyakinan menjadikan hidup begitu indah untuk dikongsi bersama. Itulah
merupakan ajaran yang dituntut dalam Islam dalam membina masyarakat yang
harmoni.
Sumber: Berita Harian “Hubungan
kaum harmoni ikut perspektif Islam” (20 Disember 2018)
Comments
Post a Comment