MENGAPA MASIH ADA YANG TERPENGARUH DENGAN AJARAN SESAT SEDANGKAN MEMANG IA TERPESONG JAUH DARI AJARAN ISLAM YANG BENAR DAN TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH SWT?


Islam ialah agama yang berpasksikan kepada akidah iaitu mengesakan Allah SWT. Ianya adalah agama fitrah yang lurus dan benar kerana menyediakan garis panduan untuk pedoman hidup manusia berdasarkan kepada wahyu Allah SWT melalui utusanNya Nabi Muhammad SAW.


Namun, kadangkala akal manusia tidak dapat dibayangi oleh hawa nafsu dan hasutan syaitan telah menyesatkan mereka yang tidak mempunyai keyakinan mantap. Golongan ini mendakwa mereka berada di atas paksi Islam yang benar tetapi sebaliknya mereka terjebak dalam kancah kesesatan yang nyata.


Terdapat beberapa ciri yang boleh dikategorikan sebagai ajaran sesat dan salah. Antaranya ialah mempercayai bahawa kuasa-kuasa ghaib dan luar biasa itu ada pada manusia seperti menggunakan unsur sihir melalui amalan tertentu dengan bantuan jin dan syaitan. 


Selain itu, ajaran tersebut tidak dilakukan secara terang-terangan dan untuk ahli kumpulan sahaja, meletakkan guru atau ketua pada tempat yang amat tinggi serta menyamaratakan mereka dengan para wali atau para nabi. 

Ajaran seperti ini menghendaki supaya menghormati ketua atau guru kerana mempunyai karamah, mau’nah, istidraj dan mendapat keberkatan di dunia akhirat disebabkan oleh keberkatan dari ketua atau gurunya.


Sepatutnya sebagai seorang muslim, perkara asas terutamanya akidah dan syariah perlu digenggam erat walaupun pahit dan getir yang terpaksa dihadapi. Allah SWT juga berfirman da;am dalam Surah Ali- Imran. Ayat 85:


Maksudnya: “Sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agama maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak termasuk daripada kalangan golongan yang rugi”.


Oleh itu, mengapa lagi perlu mencari agama lain selain Islam? sepatutnya kita perlu memantapkan akidah dan amalan yang berterusan berpaksikan kepada ajaran Islam yang sebenar.


Sumber: "Ancaman Ajaran Sesat Terhadap Keharmonian Rakyat Malaysia" kertas Seminar Penerangan Ajaran Salah dan Isu Semasa, di Dewan Undangan Negeri Selangor, 29 Jan 2008.

Comments