Hizbut Tahrir adalah sebuah pergerakan yang bergerak
dengan penuh rahsia meskipun akhir-akhir ini pergerakan Hizbut Tahrir mula
menonjolkan dirinya dengan melakukan dakwah serta menyertai aktiviti-aktiviti
demonstrasi bersama kumpulan radikal lain di seluruh dunia. Hizbut Tahrir
dikatakan mempunyai struktur yang khusus bermula daripada kumpulan-kumpulan
terkecil yang disebut sel atau da’ira iaitu mengandungi 5 – 7 anggota.
Hizbut Tahrir mengamalkan struktur organisasinya yang
mirip kepada struktur organisasi kumpulan salafiah
jihadiah. Apakah mereka juga mempunyai struktur militan yang disembunyikan
dan struktur dakwah yang terbuka seperti kebanyakan organisasi militan lain?
Beberapa
ulama yang terkenal memberikan pandangan mereka tentang kesesatan Hisbut
Tahrir, antaranya:
Syeikh
Muhammad Nashiruddin Al-Albani, seorang ulama hadis dari Syria dalam bukunya
yang menjelaskan bahawa Hisbut Tahrir adalah sebuah pertubuhan neo-Mu'tazilah
(Muktazilah baru). Begitu juga dengan sesetengah ulama dari Arab Saudi dan
Mesir.
Antara
alasan yang diberikan adalah Hizbut Tahrir memahami hadis bukan dengan
pemahaman Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat tetapi mengutamakan akal dalam
memahami agama dan menolak hadis ahad dalam masalah akidah.
Sementara
itu, Sheikh Yusof Al-Qardawi pula menjelaskan,
Hizbut Tahrir terlalu memfokuskan kepada agenda untuk mewujudkan
Khalifah Islamiyah, sebaliknya melupakan agenda utama untuk membebaskan umat
dari syirik, khurafat, bid’ah dan fanatisme. Begitu juga Hizbut Tahrir
melupakan pembentukan akhlak, pemikiran yang Islami, mengabaikan agenda dalam
membangun institusi keluarga, serta berusaha untuk menyelesaikan masalah umat
yang ketinggalan dan kemunduran dalam segenap aspek kehidupan.
Oleh sebab itu, di beberapa buah negeri di Malaysia seperti Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Wilayah Persekutuan telah mewartakan atau membuat keputusan pengharaman pertubuhan Hizbut Tahrir ini. Sehubungan itu, mana-mana individu umat Islam yang terlibat dengan kegiatan gerakan Hizbut Tahrir boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Sumber: Artikel Gerakan
Hizbut Tahrir di Malaysia
Comments
Post a Comment