SALING BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH MENJADI BENTENG KEAMANAN DAN KEHARMONIAN NEGARA SERTA MENDAPAT NAUNGAN ALLAH DI PADANG MAHSYAR
Kasih
sayang membentuk kehidupan masyarakat yang sejahtera. Daripada kasih sayang itu
akan lahirlah sifat sabar, prihatin, bertolak ansur dan toleransi, lemah
lembut, sopan santun, pemaaf dan banyak lagi sifat mahmudah dan nilai-nilai
positif yang lain. Ia juga secara tidak langsung akan menghindarkan tercetusnya
sifat-sifat mazmumah dalam hubungan sesama manusia dan mengelakkan daripada
berlakunya konflik dalam masyarakat seterusnya mengekalkan keharmonian.
Dari
Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT
berfirman pada hari kiamat kelak: “Mana orang-orang yang saling mencintai
kerana keagungan-Ku? Hari ini kunaungi mereka, di mana tidak ada naungan pada
hari ini selain naungan-Ku.” (HR Muslim No: 4655)
Oleh
itu, setiap daripada kita umat Islam di negara ini harus menunjukkan kasih
sayang di antara satu sama lain kerana ia dituntut dalam agama dan juga
disayangi Allah SWT. Sememangnya kita digalakkan untuk berkasih sayang sesama
saudara seagama dan juga orang bukan Islam kerana di situ terbentuknya
perpaduan yang utuh selain menjadi benteng kepada negara aman dan harmoni.
Suatu
hari nanti, kita akan berhadapan dengan Allah SWT untuk hari pembalasan kelak
dan di situ kita akan menerima balasan di atas segala amal yang dilakukan
semasa di dunia. Tidak semua manusia mengalami nasib yang sama di akhirat sana
kecuali yang benar-benar taat kepada suruhan Allah dan mengikuti ajaran
Rasulullah. Jadi, berkasih sayang ini juga boleh dikira sebagai amalan yang
menggalakkan penambahan pahala di kalangan hambaNya.
Semoga
kita menjadi salah seorang yang mendapat naungan di hari kiamat kerana saling
cinta mencintai sesama Muslim semata-mata kerana Allah semasa kita hidup di
dunia ini.
Sumber:
Majlis Islam Sarawak (MIS)
Comments
Post a Comment