MEMBENARKAN AJARAN SYIAH BERMAKNA MEROSAKKAN AGAMA ISLAM FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH



Syiah menyebarkan ajaran mereka dengan merosakkan nama baik para sahabat Rasulullah SAW yang mana ia sekaligus menyebabkan al-Quran dan semua hadis yang dikumpulkan oleh para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah akan tertolak.

Ajaran Syiah juga merosakkan sistem sosial masyarakat Islam di negara ini kerana apabila timbulnya kes-kes perkahwinan yang melibatkan salah seorang pasangan terlibat dengan ajaran Syiah, maka perbalahan antara pasangan tersebut tidak boleh diselesaikan menurut prosedur biasa di mahkamah Syariah. Ini kerana ia akan melibatkan soal akidah yang akhirnya pihak berkuasa akan menghadapi keadaan yang buntu untuk menyelesaikannya.

Ketahuilah bahawa perbezaan antara kita (Sunni) dan ajaran Syiah bukanlah pada perkara-perkara cabang (furu’), tetapi ia melibatkan berkaitan perkara-perkara asas (usul) dalam akidah seorang Muslim. Hal ini disebabkan ajaran Syiah berpegang kepada rujukan kitab al-quran dan hadis yang berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang mereka dakwa al-quran mereka lebih lengkap dan riwayat hadis mereka lebih sohih dan benar, meskipun penuh dengan penipuan dan kesesatan.

Oleh itu, bagaimana mungkin kita boleh menerima mereka yang langsung tidak menghormati bahkan menghina sahabat Nabi S.A.W? Bagaimana mungkin kita mengiktiraf mereka yang menokok tambah serta menyelewengkan isi kandungan al-Quran?

Justeru itu, mencegah fahaman sesat seperti ajaran Syiah ini adalah memenuhi tanggungjawab nahi mungkar yang perlu dilaksanakan oleh pemerintah khususnya dan individu Muslim amnya. Sekatlah segera sebelum ia mampu mengancam nyawa. 

Wahai umat Islam, cuba fikirkan, jika benar Syiah hanya merupakan satu mazhab, perlukah seseorang perlu menukar mazhabnya daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada Syiah? Renung-renungkan. Tepuk dada tanya iman.
 
Sumber: Sinar Harian, 11 Oktober 2019 dan kuseman.com, 13 September 2019

Comments