PENYEBARAN AJARAN SESAT SYIAH DI NEGARA INI PERLU DIBENTERAS SEBELUM MENJADI ANCAMAN YANG MENGHANCURKAN KEHARMONIAN NEGARA
Penyebaran
fahaman Syiah ke Malaysia menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat
Islam. Perbezaan fahaman yang wujud di antara
fahaman Syiah dan fahaman Sunnah (Ahli Sunnah Wal Jamaah) yang diamalkan
di negara ini boleh membuka ruang yang luas untuk menimbulkan pertelagahan
disebabkan berbeza dalam akidah, syariat dan pandangan tentang Islam. Hampir
tidak wujud ruang untuk diserasikan di antara dua fahaman ini kerana perbezaan
melibatkan kepercayaan dan pegangan dalan fahaman masing-masing.
Sebagai
contoh, Syiah mempercayai bahawa khalifah pengganti Rasulullah S.A.W. adalah
Saidina Ali yang mereka percayai telah diwasiatkan secara nas. Mereka meyakini
bahawa imam-imam mereka adalah maksum, penyanjungan berlebihan ke atas Saidina
Ali sehingga disamatarafkan dengan Rasulullah S.A.W, mengkafirkan para sahabat
dengan menyatakan semuanya telah murtad kecuali ahlul bait. Semua ini sangat bertentangan
dengan pemahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Percanggahan
ini juga harus dilihat dari kontek keselamatan negara kerana ia semestinya akan
menimbulkan perpecahan dan permusuhan yang akan
menggugat nilai teras negara sedia ada iaitu keharmonian negara Islam
dan perpaduan rakyat yang beragama Islam di Malaysia.
Sekiranya
ditinjau daripada pengalaman Malaysia ketika berhadapan dengan ancaman kumpulan
al-Arqam pada tahun 1994, ancaman kumpulan-kumpulan radikal Islam seperti
al-Maunah, Daesh dan sebagainya, perkara yang melibatkan isu agama seperti ini
akan berkecenderungan untuk menjadi ancaman kepada keselamatan negara adalah
terlalu tinggi.
Oleh
sebab itu fahaman Syiah ini perlu dikekang dengan segera kerana ia menimbulkan
kegusaran dalam kalangan masyarakat Islam dan dikhuatiri peristiwa lama seperti
ancaman kumpulan-kumpulan radikal dan kumpulan agama yang sesat terhadap
keselamatan negara akan berulang kembali.
Fatwa
pengharaman terhadap fahaman Syiah di seluruh negeri oleh Jabatan Agama Negeri
merupakan langkah yang tepat untuk
mengekang fahaman Syiah ini daripada terus berkembang sehingga boleh
menimbulkan ancaman keselamatan kepada negara ini, meskipun setakat ini
pergerakan Syiah masih di peringkat awal dan belum dikategorikan sebagai suatu
isu keselamatan lagi. Selain itu,
tindakan pasukan keselamatan yang sentiasa memantau dan bersiap siaga dalam
menghadapi apa jua ancaman yang mendatang adalah suatu langkah pencegahan yang
dilakukan untuk memastikan keamanan dan keharmonian negara terus terpelihara.
Sumber: Journal of Social
Sciences and Humanities, Vol. 13 (3), 2018.
Comments
Post a Comment