SYIAH TIDAK MUNGKIN BERSATU DENGAN SUNNI KERANA PEGANGAN AKIDAH YANG BERBEZA!!!! HUJAH FAISAL TEHRANI (AKTIVIS SYIAH) TENTANG PENYATUAN SUNNI-SYIAH HANYA LAH SATU PROPAGANDA

 


Baru-baru ini, usahawan terkemuka dan salah seorang pemimpin masyarakat Islam  di Singapura yang berfahaman Syiah,  Ameera Rajabali Jumabhoy telah meninggal dunia. Solat jenazah beliau yang berfahaman Syiah itu telah diimamkan oleh seorang Imam yang bermazhab Sunni dan diikuti oleh penganut Syiah dan Sunni di Singapura. Hal ini telah mendapat perhatian dan tanggapan positif daripada Faisal Tehrani iaitu rakyat Malaysia atau lebih dikenali sebagai penulis kontroversi yang berfahaman Syiah.

Dalam laman sosialnya, Faisal Tehrani memuji tindakan yang dibuat oleh masyarakat Islam Singapura tersebut selain menekankan bahawa perbezaan mazhab bukan penghalang untuk solat berjemaah bersama dan beliau menyelar tindakan ulama di Malaysia yang sangat tertutup dalam menerima masyarakat Islam yang berfahaman Syiah. Faisal Tehrani menyeru supaya masyarakat Malaysia yang bermazhab Sunni dan Syiah perlu bersatu dan mencontohi perkara tersebut bagi menunjukkan kematangan dalam beragama.

Sebenarnya apa yang disarankan oleh Faisal Tehrani tersebut adalah satu provokasi untuk memburuk-burukkan ulama Sunni di negara ini, yang seolah-olahnya Syiah lebih baik daripada Sunni kerana bertoleransi dalam beragama.

Namun perlu diingat bahawa, perkara berkaitan akidah adalah satu perkara yang amat penting dalam Islam. Sekiranya akidah yang diyakini bercanggah dengan ajaran agama Islam yang sebenar sudah tentu akidah seseorang itu akan terbatal.

Begitu juga dengan fahaman Syiah ini, kita sedia maklum bahawa terdapat perbezaan yang amat ketara dari sudut akidah itu sendiri antara fahaman Sunni dan Syiah. Malah Jabatan Islam Negeri-negeri dan termasuk juga JAKIM telah memfatwakan bahawa semua ajaran Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.

Sebagai contoh kesesatan akidah Syiah yang amat ketara adalah Sunni berpegang teguh kepada al-Quran dan hadis sebagai sumber rujukan utama, manakala Syiah tidak mengiktiraf al-Quran dan hadis yang dipegang oleh  Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni) dengan alasan ianya tidak lengkap dan palsu.

Sekiranya asas atau akidah Syiah ini pun sudah berlainan, maka cara solat, bacaan ayat-ayat dalam solat, perbuatan dalam solat dan sebagainya sudah tentu berlainan dengan apa yang diamalkan oleh penganut berfahaman Sunni.

Oleh yang demikian, di manakah logiknya tindakan masyarakat Islam Singapura itu perlu dipuji? Kita pun masih belum jelas atas alasan dan dalil apa yang digunakan oleh Imam Sunni tersebut bertindak mensolati jenazah orang Syiah itu. Sedangkan fatwa kebanyakan ulama Sunni yang terkenal di dunia ini mengharamkan berimamkan Imam Syiah dan juga mensolati jenazah orang-orang Syiah yang terbukti menghina sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan menolak al-Quran dan hadis yang dipegang oleh orang-orang Sunni. Bukankah ianya telah menimbulkan kekeliruan dan merosakkan akidah masyarakat Islam di Malaysia yang berfahaman Sunni?

 

Sumber: https://twitter.com/MohdFaizalMusa dan Berita Media corp -13/10/2019

Comments