AJARAN SESAT SEMAKIN BERKEMBANG DAN SUKAR DITANGANI!!! BERSAMALAH MEMBANTARASNYA DEMI MEMELIHARA AKIDAH UMMAH
Dalam
masyarakat Melayu khususnya, pelbagai kepercayaan telah wujud sejak zaman
berzaman yang berunsurkan khurafat seperti animisme dan amalan agama hindu.
Sebagai contoh kepercayaam animisme ini biasanya melibatkan pemujaan dan
perhambaan diri kepada suatu kuasa sehingga percaya ia mampu mendatangkan nasib
baik atau buruk kepada manusia sehingga boleh mendatangkan kemudaratan kepada
jasad dan roh yang memuja.
Kepercayaan
sebegini sebagai salah satu contoh jika dibiarkan berlarutan tanpa pengawasan
pihak berwajib akan mengakibatkan kesesatan dan penyimpangan akidah khususnya
kepada masyarakat Islam yang mempercayainya. Sejarah juga membuktikan bahawa
pelopor ajaran sesat ini lazimnya merupakan mereka yang beragama Islam yang
membawa pengaruh ajaran sama ada dari Timur Tengah, Indonesia ataupun
Indo-Pakistan.
Modus
operandi penyebaran ajaran sesat ini pula bukanlah dibuat secara terbuka
sepertimana ajaran agama Islam yang benar yang berlandaskan syarak yang
diadakan di masjid, surau dan pengajian kelas-kelas agama umum. Namun, ajaran
sesat biasanya dibuat secara tertutup dan tersembunyi di tempat-tempat
tertentu. Malahan kadangkala ajaran sesat itu tidak menampakkan ciri-ciri
ajaran sesat kepada orang awam yang jahil agama kerana guru mereka turut
menggunakan ayat-ayat al-Quran dan hadis untuk memperkuatkan hujahnya.
Sedangkan ayat-ayat al-Quran dan hadis yang digunakan telah disalah tafsirkan
dan diselewengkan sehingga boleh menarik masyarakat yang tidak ada asas yang
kukuh dalam agama Islam untuk terpengaruh dengannya.
Walaupun
fatwa telah mengharamkan dan menyenaraikan ajaran-ajaran sesat yang wujud di
negara ini, namun didapati masih lagi ramai masyarakat tetap terpesona dengan
ajaran yang secara terang-terangan menyalahi ajaran Islam yang sebenar seperti
boleh menunaikan haji di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor; boleh nikah
batin, tidak perlu solat jumaat jika ada urusan penting dan pelbagai dakwaan
karut yang sama sekali menyalahi akidah atau iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Justeru
itu, bukan sahaja pihak berkuasa malah umat Islam sendiri perlulah berganding
bahu untuk menjalankan amar makruf nahi mungkar bagi sama-sama membasmi
penularan pelbagai ajaran sesat yang menyeleweng akidah dan kepercayaan umat
Islam.
Sumber:
Shariah Journal, Vol. 18, No. 2 (2010)
Comments
Post a Comment