AWAS BAHAYA ATEISME!!! PEMIKIRAN YANG MENOLAK TUHAN DAN SEMAKIN BERKEMBANG DI KALANGAN ANAK MUDA MALAYSIA
Disebalik kemajuan dan ledakan teknologi yang semakin berkembang, umat Islam perlu menyedari bahawa cabaran hidup pada zaman ini jauh lebih hebat terutamanya dalam mempertahankan akidah yang benar.
Jika dahulu penyebaran anasir-anasir negatif dilakukan secara tradisional melalui kelas-kelas pengajian agama secara kumpulan, ceramah-ceramah, edaran pamphlet dan sebagainya yang cuba merosakkan akidah masyarakat, masih lagi boleh dikawal, disekat dan ditapis.
Namun kini masyarakat terutamanya anak-anak muda dan remaja sangat terdedah dengan pelbagai bentuk fahaman melalui jaringan tanpa sempadan terutamanya melalui rangkaian sosial media sehingga mampu membentuk sekelompok masyarakat yang tidak mempercayai kewujudan tuhan (ateis). Kajian yang dijalankan mendapati golongan muda terutamanya pelajar di institusi pengajian tinggi tempatan merupakan golongan paling ramai terjebak dalam kegiatan ateis ini.
Hakikatnya fahaman ateis juga tergolong sebagai salah satu bentuk kesyirikan. Mereka yang memberikan sifat-sifat ketuhanan kepada alam dan akhirnya menyembah serta mengabdikan diri kepada hawa nafsu semata-mata.
Demikianlah yang terjadi apabila kekosongan jiwa dan hati manusia tidak diisi dengan kepercayaan dan keimanan kepada Allah S.W.T. Maka hiduplah manusia bertuhankan kepada nafsu yang akan memusnahkan seluruh hidupnya.
Justeru, sisatan dan tindakan perlu diambil dengan segera kerana golongan ateis ini mula tersebar di kalangan generasi muda dan pelajar universiti. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana masyarakat Malaysia berpaksikan kepada agama dan ia merupakan asas penting dalam keharmonian negara dan bangsa untuk generasi akan datang.
Sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Sembilan Darul Khusus
Comments
Post a Comment