AWAS BAHAYA SYIAH!!! PERKEMBANGANNYA MENIMBULKAN KONFLIK MAZHAB YANG SERIUS DI NEGARA INI


Syiah adalah antara sebahagian kumpulan dalam Islam berpotensi memberikan ancaman keselamatan negara. Walaupun di Malaysia fahaman Syiah diharamkan pertubuhannya, namun pengikut Syiah mendakwa mereka wujud sebagai ‘minoriti besar’ sepertimana yang berlaku di negara-negara lain seperti Indonesia, India, Pakistan, Afghanistan, Tajikistan, Emiriah Arab Bersatu dan lain-lain.

Jika melihat pada perkembangan gerakan Syiah di Malaysia ia sebenarnya bermula apabila pelajar-pelajar dari negara ini ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di negara Iran di mana majoriti penduduknya berfahaman Syiah. Mereka yang terpengaruh dengan fahaman Syiah di Iran tersebut, setelah balik ke Malaysia, mereka membentuk keluarga Syiah atau komuniti kecil Syiah, melebarkan ajaran Syiah kepada penduduk  di negara ini dengan menawarkan ‘gula-gula’ Syiah seperti nikah mut’ah dan memberi bantuan ekonomi untuk menarik pengikut. Mereka juga menubuhkan pusat kegiatan Syiah malah membina dan menguasai beberapa masjid untuk menyebarkan ajaran Syiah di negara ini. 

Dalam menggerakkan aktiviti mereka untuk mengembangkan ajaran Syiah di sini, mereka mendapat dana daripada pertubuhan dan ahli-ahli perniagaan orang Syiah di negara ini dan termasuk juga dana daripada gerakan Syiah di peringkat antarabangsa. Apa yang dibimbangi, jika pengaruh Syiah ini dibiarkan kian tersebar dan jumlah pengikut mereka semakin ramai, tidak menolak kemungkinan mereka akan menjadi semakin berani untuk melakukan protes dan demonstrasi, malah boleh melakukan tindakan ganas dan kejam termasuk tindakan bersenjata ke atas pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) kerana merasa pergerakan mereka semakin kuat. Perkara ini pernah terjadi di negara-negara Arab seperti Yaman, Iraq, Arab Saudi, Mesir dan beberapa negara lain lagi.

Selain itu, ketaksuban pengikut Syiah terhadap ulama serta ‘Imam Ghaib’ mereka berpotensi mencetuskan kekacauan dan mengancam keselamatan negara. Justeru, pemantauan dan pencegahan ajaran Syiah daripada bertapak dan berkembang amatlah penting, khususnya Syiah Ghulat dan Rafidhah yang sangat ekstrem yang boleh bertindak ganas jika pengikut mereka semakin ramai dan mereka merasa semakin kuat. Tanpa dasar yang jelas dan tindakan pembetulan bersesuaian oleh agensi agama dan pihak berautoriti, Malaysia bakal terdedah dengan konflik mazhab yang lebih serius pada masa hadapan.

Sumber: 'Ancaman pelampau Syiah', Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), 6 Sept. 2017

Comments