AWAS!!! LTTE ADALAH KUMPULAN PENGGANAS YANG MERBAHAYA. KEHADIRANNYA MEMBERIKAN ANCAMAN KESELAMATAN YANG SERIUS KEPADA NEGARA INI.

Satu ketika dahulu Malaysia dikejutkan dengan siri penangkapan sejumlah individu yang dikaitkan dengan sebuah kumpulan pengganas LTTE. Mereka yang ditangkap termasuklah beberapa anggota parti politik kerajaan Pakatan Harapan dari parti DAP dan mereka kemudiannya telah ditahan di bawah undang-undang SOSMA.

Namun, apabila bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas membuat keputusan menghentikan prosiding ke atas Orang Kena  Tahan (OKT) yang terlibat dengan LTTE tersebut, ia telah menimbulkan kontroversi hangat bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa. Tindakannya yang dikatakan dikaitkan dengan unsur politik tanpa mengutamakan isu keselamatan sangat memberi impak negatif kepada badan pengadilan negara.

Baru-baru ini pula, bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman yang kini merupakan Ketua Polis Johor menerima ugutan bunuh yang didakwa datangnya daripada tiga orang anggota LTTE. Walaupun isu ugutan bunuh terhadap pegawai polis ini bukanlah satu perkara baru kerana ia telah berlaku semenjak dahulu lagi, namun apa yang dikhuatiri adalah ancaman bunuh daripada anggota LTTE tersebut adalah suatu yang serius yang menunjukkan ancaman keganasan daripada kumpulan LTTE masih wujud dan semenjak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi.

Perlu diingatkan kembali bahawa LTTE adalah  manifestasi perjuangan kelompok Tamil yang memperjuangkan sebuah negara Tamil yang merdeka di Sri Lanka melalui cara gerila dan aktiviti teroris. Gerakan ini amat terancang dan mendapat sokongan daripada pelbagai kumpulan termasuklah perisik antarabangsa dan aktivitinya pula adalah merentas negara dalam melancarkan aktiviti keganasan mereka.

Sementara itu, perjuangan kumpulan LTTE untuk mengwujudkan sebuah negara Tamil yang merdeka di Sri Langka  turut mendapat simpati dan sokongan dalam kalangan segelintir masyarakat Tamil di Malaysia.

Jika dilihat kepada sejarah keganasan kumpulan LTTE ini, mereka merupakan kumpulan pertama yang melakukan pembunuhan terhadap wanita dan kanak-kanak, membunuh pemimpin utama negara, melakukan serangan bom berani mati malah kumpulan LTTE merupakan kumpulan pengganas yang pertama yang melakukan modus operandi serangan berani mati dengan meletupkan diri sendiri. Secara jelas tindakan keganasan kumpulan LTTE tersebut   adalah melangkaui norma-norma kemanusiaan dan sememangnya kumpulan LTTE ini selayaknya dikategorikan sebagai pertubuhan pengganas seperti yang dikategorikan oleh 32 buah negara di dunia ini termasuklah Malaysia. Malaysia pula telah mengharamkan kumpulan LTTE dan menyenaraikan kumpulan  LTTE sebagai kumpulan pengganas semenjak tahun 2014 lagi.

Justeru itu, mengapa lagi perlu ragu, perlu simpati dan memberi sokongan terhadap LTTE yang ternyata satu kumpulan pengganas yang begitu berbahaya.Oleh itu, sebelum bercakap atau bertindak untuk memberikan sokongan terhadap LTTE, amatlah perlu untuk kita memahami perjuangan dan ideologi mereka terlebih dahulu. Ideologi ekstrem dan ganas LTTE ini adalah bukti jelas yang mana ianya mampu memberikan ancaman yang amat serius kepada keselamatan negara ini. Kumpulan LTTE ini perlu dihapuskan demi keamanan dan kesejahteraan rakyat negara ini.

 

Sumber: Jurnal Sejarah (Sejarah Persaingan dan Konflik Etnik di Sri Lanka dengan Perhatian kepada Gerakan Pemisah Tamil) dan Astro Awani- 14 Oktober 2019. 


 

Comments