BAHAYA STRATEGI LTTE YANG PERLU DIBENDUNG SEGERA!! MERESAP MELALUI PARTI POLITIK UNTUK MELEBARKAN PENGARUH MEREKA DI NEGARA INI

 


Kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) adalah salah satu daripada beberapa kumpulan gerila yang berjuang menentang kerajaan Sri Lanka bagi menubuhkan sebuah negara Tamil merdeka di negara tersebut. Namun, secara beransur-ansur LTTE dilihat berjaya melebarkan pengaruhnya bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Tamil di Sri Lanka dan India, malah termasuk juga di Malaysia.

Meskipun pertubuhan LTTE telah disenarai hitamkan sebagai pertubuhan pengganas di negara ini semenjak pada tahun 2014 lagi dan reputasinya juga menggunakan pendekatan ganas, namun LTTE masih mendapat banyak simpati dan sokongan kewangan dari segenap penjuru termasuklah daripada pemimpin-pemimpin politik di Malaysia.  

Pakar Kajian Strategik dan Ancaman Keganasan, Mohd Mizan Aslam turut mendakwa bahawa penyebaran ideologi LTTE sedang dikembangkan di Malaysia dan ia berselindung disebalik sekelompok individu yang berpengaruh dalam politik termasuk segelintir pemimpin dalam DAP.

Jika dilihat secara teliti, LTTE dilatih oleh anasir luar terutamanya perisik antarabangsa. LTTE adalah satu-satunya kumpulan pengganas yang membunuh pemimpin utama negara.  LTTE juga adalah kumpulan pengganas pertama melakukan modus operandi meletupkan diri menggunakan kanak-kanak dan wanita. Di samping itu, LTTE juga merupakan kumpulan pengganas pertama yang melakukan pembunuhan beramai-ramai kerana didakwa mahu mewujudkan negara Tamil sepenuhnya.

Bagi masyarakat awam yang tidak faham mungkin melihat perkara ini dipolitikkan, dipergunakan dan pihak keselamatan dianggap tidak menjalankan tugas secara professional. 

Namun, perlu kita sedari bahawa LTTE adalah pertubuhan pengganas yang sangat bahaya jika dibenarkan berkembang di negara ini.
Strategi menggunakan pemimpin dalam parti yang sah merupakan tindakan bijak mereka bagi menjalankan dakyah secara halus dan menggerakkan ideologi yang diperjuangkan tanpa disedari dan dikesan secara mudah oleh pihak-pihak keselamatan.

Oleh itu, kelayakan untuk menjadi pemimpin atau wakil rakyat perlu ditapis secara lebih rapi dan perlu disiasat latar belakang dengan teliti. Pihak yang bertanggungjawab juga perlu telus dalam menilai calon-calon parti politik yang bertanding dalam pilihanraya. Seseorang wakil rakyat yang diberi mandat oleh rakyat  sudah tentunya mempunyai kuasa besar sama ada di peringkat DUN atau Parlimen. Jika mereka mendokong perjuangan LTTE,  sudah tentu mereka tidak melepaskan peluang menggunakan kuasa yang diberi untuk mendapatkan sokongan penuh dan simpati terhadap perjuangannya. Ini sebenarnya yang berlaku kepada beberapa pemimpin politik parti DAP yang menyokong perjuangan LTTE yang dilihat akan memberi ancaman kepada keselamatan negara.

Perlu diingat, jika melibatkan perkara yang boleh mengganggu gugat keamanan negara, apakah releven kita membelanya sedangkan ianya kelak mampu menggadaikan kedaulatan negara?

Sumber: Journal of South Asian Studies, Vol. XXX (1), 2007 dan Free Malaysia Today- 11 Oktober 2019


Comments