BAHAYA SYIAH!!! MENGAMALKAN AJARAN-AJARAN PELIK DAN SESAT YANG JAUH TERPESONG DARIPADA AJARAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

 


Ancaman terbesar selepas kewafatan Baginda Rasulullah S.A.W adalah ancaman puak Syiah yang telah merosakkan dan menghancurkan peradaban Islam sehingga berlakunya huru-hara di kebanyakan negara-negara Islam.


Syiah membawa ajaran yang jauh terpesong dari landasan Islam yang sebenar mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukan sahaja dari segi syariah malah dari segi akidah juga. Satu perkara lagi yang berbahaya adalah doktrin ajaran Syiah yang membenci orang-orang Sunni sehingga sampai ke suatu tahap yang menghalalkan orang Sunni dibunuh seperti yang berlaku di Iraq, Syria, Labenon dan negara-negara yang mempunyai majoriti Syiah. 


Oleh itu, perkembangan ajaran Syiah di negara ini tidak hanya mengancam akidah umat Islam sahaja, malah boleh menimbulkan permusuhan Sunni-Syiah yang boleh mengancam keselamatan negara. Hal ini terbukti apabila negara-negara yang telah dijajah dan diperintah oleh puak Syiah dengan begitu rakus membunuh umat Islam daripada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) kerana menganggap akidah ASWJ telah sesat.


Begitulah bahaya dan terpesongnya fahaman Syiah sehingga menghalalkan pembunuhan dengan sewenang-wenangnya sepertimana yang berlaku di Syria, Iraq, Pakistan dan negara-negara yang ramai bilangan rakyatnya berfahaman Syiah.


Ajaran Syiah berjaya mempengaruhi segelintir umat Islam di negara ini kerana selain daripada terpengaruh dengan ideologi Syiah, umat Islam negara ini mungkin mahukan jalan yang mudah dan tertarik dengan ganjaran yang ditawarkan dalam ajaran Syiah.


Antara faktor penarik tersebut termasuklah tidak perlu menunaikan solat jumaat, boleh solat tiga waktu sahaja dalam sehari, nikah mut’ah, boleh mengahwini isteri orang, pemberian mahar yang terlalu rendah dan beberapa perkara lain lagi yang memperlihatkan mereka mengambil terlalu mudah dalam soal beragama.


Ditegaskan bahawa penyebaran fahaman Syiah boleh diumpamakan sebagai ‘barah’ di negara ini. Justeru itu, ianya perlu dibanteras sebaik mungkin sebelum merebak dengan lebih teruk sehingga menjadi ancaman kepada perpaduan ummah dan keutuhan agama sekaligus memecahbelahkan perpaduan umat Islam negara ini.


Sumber: Buku 'Adakah Aku Mengenalimu Syiah?', Majlis Agama Islam Selangor (2015) dan Astro Awani, 14 Disember 2013.

Comments