Secara
asasnya umat Islam disifatkan sebagai sebuah umat yang satu. Hal ini kerana
setiap yang dilakukan
oleh umat Islam bersifat musyawarah dan bekerjasama. Sebagai contoh, di dalam
pentadbiran negara ini di mana ia ditunjangi oleh Perdana Menteri sebagai
pemimpin utama yang memerlukan satu permuafakatan bersama-sama para Menteri
Kabinetnya sebelum dikeluarkan sesuatu keputusan atau polisi untuk
dilaksanakan.
Firman
Allah SWT:
“Sesungguhnya
ini adalah umat kamu umat yang satu dan Aku adalah Tuhan kamu maka beribadahlah
(kepada-Ku).” (QS al-Anbiya’: 92)
Menurut
Imam Ibn Hajar Al-Asqalani, Secara zahirnya sifat saling merahmati, saling
berkasih sayang dan saling membantu ini meskipun mempunyai makna yang hampir
sama, akan tetapi terdapat perbezaan tertentu padanya. Adapun saling merahmati,
yang dimaksudkan dengannya adalah: Saling merahmati sesama mereka dengan
ukhuwwah (persaudaraan) keimanan bukan dengan sebab selainnya. Adapun saling
berkasih sayang pula membawa maksud: Saling berhubung yang boleh mendatangkan
kasih sayang seperti saling menziarahi dan memberi hadiah. Adapun yang
dimaksudkan dengan al-ta’athuf ia adalah mereka saling membantu antara satu
sama lain. (Fath al-Bari, Ibn Hajar Al-Asqalani (10/439)
Oleh
itu, Masyarakat Islam seharusnya perlu bersatu-padu dari segala hal supaya
tidak mencetus sebarang keadaan boleh menimbul perpecahan dan perlu bersyukur
kerana dapat menikmati dan berhimpun dalam suasana aman damai. Ambillah iktibar
terhadap situasi semasa yang berlaku di negara-negara Timur Tengah. Akibat
tiada kesepakatan dan muafakat, perpaduan di antara mereka hancur dan negara
mereka dilanda perperangan. Adakah kita mahu menjadi seperti itu?
Bersatu-padulah dan jangan sesekali terpedaya, terlena dan asyik mendengar
kata-kata yang hendak memecah-belahkan kita, kerana perpecahan itu membawa kepada
kehancuran dan kesengsaraan.
Rasulullah
SAW bersabda:
"Janganlah
kamu berselisih faham kerana umat dahulu telah binasa disebabkan berselisih
faham" (HR Imam Ahmad).
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Comments
Post a Comment