FAHAMAN LIBERAL YANG SESAT DAN MENYESATKAN!!! MEMPROMOSI KEBEBASAN DAN PEMBAHARUAN BERAGAMA YANG BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM
Fahaman liberal agama bertapak di
negara ini dan bergerak menerusi seruan kepada pembaharuan dalam agama dengan
dimulakan dengan pentafsiran baru terhadap teks agama. Idea-idea baru yang
mementingkan kebebasan individu dalam berfikir, bersuara dan beragama dilihat
mula dipandang baik bagi segelintir masyarakat Malaysia yang beragama Islam.
Pandangan mereka terhadap Islam
boleh disifatkan sebagai bid’ah yang boleh menyimpang akidah daripada ajaran
Islam yang sebenar. Sebagai contoh dalam isu murtad, al-Mustaqeem Mahmood Radhi
yang merupakan seorang pendokong Islam liberal menyatakan bahawa orang Islam
boleh menukar agama atau menjadi murtad dengan bebas.
Dia berhujah berdasarkan ayat
al-Quran dalam Surah al-Kahf, ayat 29: Maksudnya: “Oleh itu, siapa mahu maka
berimanlah dan siapa mahu maka kufurlah”. Selain itu dia turut merujuk kepada
Surah al-Baqarah, ayat 256: Maksudnya: “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam),
kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dari kesesatan”
Ayat tersebut ditafsirkan sejajar
dengan konsep yang dipegang oleh fahaman liberal selama ini iaitu berasaskan
konsep kebebasan individu dalam agama. Disebabkan oleh konsep ini telah menjadi
dorongan kepada sejumlah orang Islam di Malaysia untuk murtad.
Selain itu, pendokong liberal juga
menganggap bahawa semua agama akan bertemu pada titik yang satu sahaja iaitu
ketundukan kepada Tuhan. Mereka turut mendakwa bahawa penganut semua agama akan
masuk Syurga, selain Islam ada lagi jalan-jalan menuju ke syurga iaitu melalui
agama-agama lain selain Islam. Alasannya semua manusia sama-sama mencari Tuhan
sebenar, oleh yang demikian penganut sesuatu agama tidak boleh mendakwa
agamanya adalah yang terbaik.
Sebagai contoh di Indonesia yang
terkenal dengan jumlah umat Islam yang ramai, namun penularan fahaman liberal
yang berleluasa memperlihatkan fenomena perkahwinan campur iaitu pasangan yang
berbeza agama dibenarkan berkahwin malah bukan merupakan suasana yang pelik di
sana.
Dalam konteks agama perkahwinan di
antara pasangan yang berlainan agama ini adalah harus secara hukum asalnya.
Namun, perlu menepati syarat-syarat wajib yang ditetapkan oleh Islam.
Syarat-syarat ketat yang diletakkan Islam telah menyebabkan golongan liberal
ini merasa terkongkong dan mengambil jalan mudah untuk meneruskan perkahwinan
mengikut tafsiran tersendiri atau terus murtad mengikut agama pasangannya.
Di Malaysia, perkara seperti ini
masih terkawal dengan adanya undang-undang yang ketat dan kawalan daripada
pihak-pihak berkuasa. Namun, pemantauan secara berterusan adalah perlu dan pada
masa yang sama turut memberi peringatan kepada masyarakat tentang bahayanya
fahaman liberal ini yang bebas dalam semua perkara sehingga boleh membawa
seseorang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar dengan penafsiran
tersendiri dan akhirnya boleh menjerumuskan seseorang kepada murtad.
Sumber: Jurnal
Universiti Malaya (Analisis Liberalisme Agama Di Malaysia Menurut Perspektif
Akidah Islam)
Comments
Post a Comment