HIZBUT TAHRIR DIFATWAKAN HARAM DAN MENYESATKAN TAPI MASIH BEBAS MENYEBARKAN IDEOLOGI MEREKA TERUTAMANYA DI MEDIA SOSIAL. DIMANAKAH KETEGASAN PIHAK BERKUASA?
Jika dahulu Hizbut Tahrir adalah
organisasi yang bergerak secara sembunyi-sembunyi (klandestine), namun kini
mereka lebih terbuka malah berkembang pesat walaupun kebanyakan negara telah
mengharamkan pertubuhan organisasi tersebut termasuklah Malaysia, Indonesia,
Arab Saudi, Turki, Lebanon dan sebahagian besar negara Islam di kawasan
Timur-Tengah.
Fatwa dikebanyakan negara juga
telah memberi catatan merah atau mengharamkan pertubuhan Hizbut Tahrir atas
alasan pertubuhan tersebut boleh mengancam kedaulatan negara kerana
memprovokasi rakyat untuk bangkit menentang kerajaan, terdapat anggota
pertubuhan yang terlibat dalam tindakan keganasan seperti demonstrasi secara
ganas, terpengaruh dengan gerakan militan, terlibat dengan berbagai tindakan keganasan termasuklah penculikan dan
pengeboman. Ekoran itu, ratusan aktivis Hizbut Tahrir di luar negara yang telah
ditangkap dan dipenjarakan.
Menurut pengkaji dan pemerhati
isu-isu keganasan di seluruh dunia, mereka menyimpulkan Hizbut Tahrir adalah
organisasi yang bahaya kerana mereka mengajak masyarakat untuk menolak sistem
yang ada secara total dan menyemai perilaku-perilaku yang menyerupai
kumpulan-kumpulan militan yang lain. Mereka memperjuangkan khilafah, sedangkan
satu Khalifah untuk memimpin dunia Islam seluruhnya hanyalah utopia dan tidak
mungkin akan terjadi melalui perjuangan yang mereka war-warkan.
Mereka menyusup masuk dalam
parti-parti politik dan organisasi-organisasi NGO, bagi memudahkan mereka untuk
merekrut anggota, menyebarkan ideologi, memberi latihan ketenteraan, mendapat
sokongan masyarakat dan seterusnya menggulingkan kerajaan serta mengambil alih
pemerintahan untuk mendirikan Daulah Islamiyah.
Hizbut Tahrir turut mengemukakan
pemikiran yang menyalahi nas-nas syarak, pemikiran yang menyimpang daripada
Ahli Sunnah Wal Jamaah apabila mengatakan akidah tidak sabit dengan hadis ahad
serta penolakan terhadap amal kebajikan dan kemasyarakatan yang disifatkan
sebagai amalan yang menjauhkan masyarakat daripada matlamat utama iaitu
menegakkan Khilafah.
Oleh sebab itu, doktrin dan fahaman
Hizbut Tahrir ini sewajarnya diharamkan dan disekat kegiatannya daripada terus
disebarkan kepada masyarakat melalui apa jua medium sebaran. Walaupun begitu,
tidak nampak apa-apa tindakan yang dibuat oleh pihak berkuasa kerana di media
sosial kini banyak terlihat artikel-artikel dan bahan-bahan bacaan yang
dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir bebas tersebar tanpa sekatan dalam menyebarkan
dakyahnya.
Oleh itu, dimanakah keberkesanan ketegasan pihak berkuasa berhubung dengan pengharaman pergerakan Hizbut Tahrir tersebut sedangkan mereka masih bebas untuk menyebarkan fahaman sesat mereka kepada masyarakat?
Sumber: BBC News , 19
Julai 2017 dan Detik News, 8 November 2018.
Comments
Post a Comment