Bila
bicara soal jihad, tidak semestinya berkisarkan tentang perperangan. Masih
terdapat beberapa cara lagi untuk kita berjihad di dalam hidup. Salah satunya
adalah jihad melalui ilmu. Tahukah kita bahawa dengan menuntut ilmu dan
menyumbangkannya kepada pembangunan dan keselamatan negara merupakan sebahagian
daripada jihad?
Firman
Allah SWT:
“Wahai orang yang beriman! Apabila diminta
kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka
lapangkanlah seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk
kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang
yang diberi ilmu pengetahuan
ugama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam
PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.” (QS al-Mujadalah: 11)
Ilmu
merupakan landasan untuk mencapai kejayaan. Tanpa ilmu pengetahuan, individu,
masyarakat, bangsa dan negara akan mundur dan akan ketinggalan dalam semua
bidang dan lapangan. Dalam konteks keperluan negara hari ini, kita amat
memerlukan modal insan sebagai seseorang yang bukan sahaja mempunyai ilmu
pengetahuan dalam pelbagai bidang, namun ia juga mencakupi aspek peribadi serta
akhlak yang tinggi yang perlu hadir dalam setiap jiwa individu.
Oleh
itu, fahami dulu konteks berjihad dan mulakannya melalui cara menuntut ilmu.
Hal ini sangat jelas, nyata dan disertakan dengan beberapa bukti tentang betapa
pentingnya ilmu dalam memajukan serta menguatkan benteng keselamatan negara
daripada serangan-serangan musuh yang mahu menjajah negara ini. Islam sebagai
panduan hidup, menyeru agar kita membina kehidupan di dunia ini dengan nilai
ilmu, iman dan ketakwaan kepada Allah SWT. Bagi menyusun agenda ini, maka
pendidikan Islam perlu diselaraskan agar lebih teratur dan bersistematik serta
dapat terus memperkembangkan syiar Islam di landasan betul. Ingat, dengan jihad
ilmu, negara akan maju!
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM)
Comments
Post a Comment