KHILAFAH ISLAMIYAH IMPIAN HIZBUT TAHRIR HANYALAH KHAYALAN KERANA ALLAH TIDAK AKAN MERESTUI PERJUANGAN KUMPULAN YANG SESAT
Jika
pengkaji teori konspirasi di Barat sering memetik ayat-ayat Bible, pengkaji
teori konspirasi yang beragama Islam pula sering memetik ayat-ayat al-Quran dan
hadis untuk meyakinkan masyarakat terhadap fahaman yang dibawa.
Taktik
inilah yang dimanipulasikan oleh Hizbut Tahrir demi menaikkan semangat anggota
yang direkrut bagi mencapai matlamat penubuhan Daulah Islamiyah di peringkat
global. Setiap dakwaan yang dihiasi dengan ayat-ayat-al-Quran dan hadis telah
meyakinkan lagi masyarakat untuk sama-sama berjuang dalam mencapai misi Hizbut
Tahrir walaupun terpaksa melakukan tindakan keganasan. Sedangkan penafsiran
ayat al-Quran yang dibawa hanyalah secara zahir dan bercanggah sehingga
terkeluar daripada konteks penafsiran ayat al-Quran yang sebenar.
Walaupun
Hizbut Tahrir menitik beratkan untuk mengembalikan semula kehidupan Islam
seperti di zaman Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat r.a dahulu melalui usahanya
untuk menegakkan sistem Khilafah Islamiyah, namun banyak masalah yang boleh
dipertikaikan dalam perjuangannya itu. Perkara utama yang boleh dipertikaikan
adalah berkaitan masalah usul yang melibatkan pegangan akidah dalam perjuangan
Hizbut Tahrir itu sendiri.
Pada
zaman Rasulullah S.A.W., Baginda menyatupadukan umat Islam melalui kesatuan
akidah dalam perjuangan dakwahnya hingga berjaya memimpin negara dengan
menerapkan sistem Islam dengan jayanya.
Malah
sejarah juga telah membuktikan bahawa penyatuan dan persamaan dalam pegangan
akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah telah berjaya membebaskan Palestin dan
memartabatkan umat Islam di seluruh dunia oleh pemimpin agung Islam, Sultan
Salehuddin al-Ayubi.
Sudah
terang lagi bersuluh, umat Islam sesekali tidak akan bersatu dan tidak akan
berjaya memartabatkan sistem Khilafah Islamiyah jika perkara pokok iaitu akidah
tidak dititikberatkan dan dihayati. Ironinya Hizbut Tahrir bijak memainkan
isu-isu Khalifah, isu-isu yang menyentuh hati umat Islam untuk meraih simpati,
namun sedarlah bahawa Hizbut Tahrir tidak akan berjaya mencapai matlamatnya
sekiranya masih berpegang dengan akidah yang salah.
Allah
tidak akan meredhai sesiapa pun yang berjuang atas landasan akidah yang
menyeleweng dan pasti tidak akan mendapat kejayaan atau bantuan daripada Allah
SWT. Hanya atas dasar kesatuan dalam akidah sahaja yang mampu mengembalikan
sistem Khilafah Islamiyah serta kegemilangan ummah ini kembali sebagaimana
gemilangnya Islam di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat r.a dahulu.
Sumber:
Buku 'Menyingkap Hakikat Sebenar Hizbut Tahrir', Ahmad Faidzurrahim Mohd Alwi,
2012.
Comments
Post a Comment