AWAS!!! BERHATI-HATILAH DENGAN TAKTIK LICIK GERAKAN KRISTIANISASI DI NEGARA INI

Gerakan kristianisasi yang bertujuan untuk memurtadkan umat Islam di rantau ini terutamanya golongan muda Melayu  di Malaysia dan Indonesia dilihat semakin berkembang kerana mereka menganggap Malaysia dan Indonesia sebagai negara yang berpotensi kerana mempunyai jumlah penganut Islam yang ramai dan mudah terpengaruh dengan pengaruh dari luar terutamanya pengaruh Barat. Justeru itu, mubaligh Kristian menjadikan Malaysia antara negara sasaran bagi menjalankan misi mereka untuk mengkristiankan umat Islam di negara ini dan menjadikan negara ini sebagai pengkalan gerakan kristianisasi di rantau ini.

Bagi mempengaruhi  dan menjauhkan umat Islam dari berpegang kepada ajaran Islam serta ragu-ragu dengan kebenaran Islam, musuh-musuh Islam bertanggungjawab mewujudkan pelbagai program yang menjauhkan umat Islam di negara ini dari berpegang kepada ajaran Islam.  Melalui pelbagai program yang dijalankan, umat Islam begitu mudah dipengaruhi oleh dakyah-dakyah kristian sehingga sanggup mengenepikan ajaran agama semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsu dan kebebasan diri tanpa terikat dengan batasan syariat yang ditetapkan oleh agama.

Terdapat banyak contoh yang boleh dilihat dalam program yang diatur oleh gerakan kristian ini untuk memusnahkan akidah umat Islam di negara ini. Antaranya ialah melalui media dan sebaran am yang diputar-belitkan. Umpamanya imej Islam diburuk-burukkan di mata dunia seperti isu puak pelampau Islam dibesar-besarkan seolah-olah puak pelampau itu digambarkan sebagai ‘Islam yang sebenar’ supaya umat Islam menjadi benci dan tidak yakin kepada ajaran Islam. Mereka juga menganjurkan program-program yang melalaikan seperti slot drama atau ‘game show’ yang ditayangkan pada waktu solat, menganjurkan konsert-konsert dengan membawa masuk artis-artis yang berimej kurang sopan dan sebagainya yang boleh menjauhkan umat Islam daripada berpegang dengan ajaran agama.

Masyarakat perlu sedar bahawa sesungguhnya gerakan Kristian untuk merosakkan akidah umat Islam didalangi oleh gerakan The Freemason Moment yang diketuai oleh Yahudi dan Amerika. Ia merupakan sebahagian organisasi Yahudi antarabangsa yang bekerja menghancurkan kesejahteraan manusia, merosakkan kehidupan politik, ekonomi dan sosial negara-negara yang dimasukinya dengan matlamat merosakkan bangsa dan pemerintahan Non-Yahudi (Goyim).

Gerakan ini dilihat seperti ingin membalas dendam terhadap keunggulan Islam yang berjaya menembusi dan menguasai pemikiran manusia di seluruh dunia melalui aturan manhaj-manhaj ajaran yang syumul dan komprehensif.

Oleh itu, masyarakat Islam perlu berhati-hati dan perlu segera sedar bahawa sebenarnya aktiviti-aktiviti yang dianjurkan atau tayangan-tayangan di televisyen pada waktu-waktu yang tidak sesuai sebenarnya merupakan strategi yang dirancang secara halus dan terancang. Tidak sedarkah kita sebenarnya gerakan ini telah lama wujud dan tidak pernah berputus asa untuk menghilangkan nilai-nilai Islam, memusnahkan akidah dan membawa umat Islam semakin jauh dengan ajaran serta kehidupan Islam?

 

Sumber: Buku 'Kristianisasi & Gejala Murtad di Malaysia', Mohd Farhan Abdullah (2007).


 

Comments