[Jangan Terpengaruh
Dengan Fahaman Islam Liberal Yang Cuba Disebarkan Di Negara Ini]
Satu
perkara yang perlu diakui harini ialah fenomena kewujudan fahaman liberal dalam
Islam yang semakin berkembang di seluruh dunia termasuk di rantau Nusantara
khususnya Malaysia dan Indonesia.
Di
Indonesia, fahaman Islam Liberal disebarkan secara terang-terangan dan tanpa
bersembunyi. Sebagai contoh, sebuah pertubuhan sah yang dinamakan sebagai
Jaringan Islam Liberal (JIL) yang dipelopori oleh Nurcholis Majid dan kini
dipimpin oleh Ulil Abshar Abdalla memperlihatkan liberalisasi di Indoneisa
adalah satu proses penghancuran akidah secara besar-besaran di negara yang
mempunyai penganut agama Islam terbesar dunia.
Di
Malaysia pula, secara asasnya gerakan ini hampir sama dengan apa yang dilakukan
oleh JIL kerana mereka banyak meniru apa yang dilakukan oleh Indonesia. Namun,
perbezaannya adalah mereka di Malaysia agak terbatas untuk menjayakan agenda
liberalisasinya atas faktor ketegasan pihak kerajaan. Walaupun mereka tiada
nama khusus yang merujuk kepada kumpulan Islam Liberal seperti JIL di
Indoneisa, namun mereka dapat dikenalpasti menerusi program atau aktiviti yang
mereka adakan atau kenyataan dikeluarkan terutamanya berkenaan isu hak asasi
dan kebebasan yang dikatakan bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal
Jamaah.
Walaupun
Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan fahaman liberal sebagai sesat pada
tahun 2006, mereka tetap konsisten dan tersusun dalam memastikan usaha
penyebaran fahaman Islam Liberal ini mencapai matlamatnya. Mereka akan menjadi
agresif apabila timbul isu kebebasan dan hak asasi manusia seperti dalam isu
amalan songsang lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), feminisme,
kebebasan beragama, murtad dan poligami.
Sebagai
contoh dalam isu hangat terkini yang membabitkan seorang usahawan yang dikenali
sebagai Sajat yang dikatakan kononnya dirinya tidak diperlakukan dengan adil
disebabkan oleh faktor gendernya. Malah usahawan tersebut melihat Islam
mempunyai banyak sekatan untuk dia terus hidup bebas seperti kehendaknya dan
sanggup untuk menukar agama. Apa yang lebih merungsingkan ialah terdapat banyak
pihak terutamanya yang berfahaman liberal termasuklah ibu bapanya menyokong
tindakan Sajat untuk terus hidup dalam keadaan ‘kekeliruan jantina’ dengan
mengatakan bahawa itu haknya.
Peristiwa
sebegini memperlihatkan tanpa kita sedari kebanyakan umat Islam telah
dipengaruhi dengan fahaman liberal dengan memandang enteng terhadap hukum
agama. Justeru itu, ia perlu dibendung sebelum wujudnya gerakan secara
terang-terangan seperti di Indonesia yang akhirnya memprejudiskan akidah umat
Islam.
Sumber:
Berita Harian, 24 Januari 2015
Comments
Post a Comment