AWAS STRATEGI LICIK GERAKAN LIBERAL!!! BERSELINDUNG DI SEBALIK NGO YANG MEMPERJUANGKAN HAK ASASI UNTUK MENYEBAR FAHAMAN LIBERAL DI NEGARA INI

Di Malaysia, gerakan berfahaman liberal tidak menamakan gerakan mereka sebagai pertubuhan Islam Liberal sebagaimana keadaannya di Indonesia. Sebaliknya gerakan mereka dilakukan melalui pertubuhan NGO yang memperjuangkan demokrasi, kebebasan, persamaan semua agama dan persamaan hak antara wanira dan lelaki (feminisme).

Antara gerakan yang terkenal membawa fahaman ini ialah kumpulan Sister in Islam (SIS) yang membawa misi untuk memahami ajaran Islam yang kononnya berasaskan kesamaan hak, keadilan, kebebasan dan demokrasi. Mereka juga mengembangkan dakyah melalui tulisan-tulisan dalam akhbar dan menerbitkan buku-buku yang menyokong fahaman liberal.

Selain itu, kumpulan SIS ini juga dikatakan terlibat secara langsung menyokong gerakan NGO yang anti-Islam seperti Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang berjuang untuk menuntut hak kebebasan beragama di negara ini. IFC adalah jelas sebuah suruhanjaya yang anti-Islam dan bergerak untuk memperjuangkan liberalisme dan pluralisme. IFC dikatakan mempunyai kuasa undang-undang mirip SUHAKAM tetapi pengkhususannya adalah agama yang berkuasa untuk mengubah ajaran mana-mana agama termasuk Islam walaupun atas desakan penganut agama lain.

Matlamat penubuhan IFC adalah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah umat Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam. Sebagai contoh tuntutan orang bukan Islam melalui IFC adalah seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam, orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal (murtad) dan tidak dikenakan undang-undang, tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam dan lain-lain tuntutan lagi.

Apa yang lebih membimbangkan ialah IFC ditubuhkan oleh Majlis Peguam Malaysia terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia dan disokong oleh Majlis Perundangan Malaysia bagi ajaran Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh (MCCBCHS). Bukan itu sahaja, malah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dikatakan sebenarnya telah menjadi penyambung lidah kepada IFC yang sebelum ini telah berjaya digagalkan hasil kebangkitan bantahan dari umat Islam. Beliau menyatakan bahawa tidak harus ada paksaan di dalam agama, kebebasan agama bukan hanya untuk bukan Melayu, ia harus dilaksanakan sama rata kepada semua kaum termasuklah Melayu beragama Islam.

Fahaman dan pemikiran yang dibawa oleh SIS, IFC, Majlis Peguam Malaysia dan ahli parlimen memperlihatkan bahawa betapa banyaknya kuasa-kuasa penting negara berfahaman liberal. Jika tiada mana-mana pihak berkuasa yang menghalang perkara ini, maka tidak mustahil fahaman liberal akan menjadi tonggak kepada semua fahaman di Malaysia sehingga menghancurkan akidah Islam.

Sumber: Kertas Kerja Seminar Kefahaman Aqidah dan Pemikiran Semasa (SEKAPES) 2019 


 

Comments