BAHAYA IDEOLOGI SYIAH DI MEDIA SOSIAL!!! MENYEBARKAN KETAKSUBAN TERHADAP IMAM DAN TOKOH SYIAH DARI IRAN SERTA MENGHINA SAHABAT NABI DAN ULAMA SUNNAH
Begitu
ramai pemuda Syiah Melayu mempromosikan ideologi Syiah tanpa segan silu dan
menyebarkan ketaksuban mereka kepada imam dan tokoh Syiah dari Iran, di samping
memperingati semula revolusi Iran serta kehebatan Iran dalam perang retorik
Asia Barat menentang Amerika dan Israel.
Usaha
menghujah ahli Sunnah dengan fakta putar belit lagi ganjil dan palsu serta perbuatan
memperlekehkan tokoh ulama dan negara ahli Sunnah sangat ketara kelihatan dalam
laman-laman sosial dengan menyerang sejarah umat Islam serta memburuk-burukkan
sahabat nabi dan ulama Sunnah.
Dalam
semua aktiviti berkenaan mereka sangat berusaha menunjukkan bahawa diri mereka
adalah pembela Hussein yang menentang musuh-musuh mereka (ahli sunnah) yang
digelar sebagai ejen Yazid dan Muawiyyah.
Jika
dilihat hari ini, gerakan Syiah semakin aktif menggunakan medium media sosial
sebagai alat penyebaran ideologinya. Facebook adalah antara media sosial yang
banyak digunakan oleh kumpulan Syiah untuk tujuan penyebaran ideologi mereka.
Antara corak perkembangan ideologi Syiah dalam Facebook yang diketengahkan
adalah keseragaman mesej propaganda tentang ajaran Syiah, pembinaan imej
tokoh-tokoh Syiah terutama tokoh dari Iran, politik simpati di Timur Tengah
serta propaganda tentang memburuk-burukkan dan membesar-besarkan kesalahan
sahabat Nabi dan ulama Sunni. Kelebihan media sosial terutamanya Facebook
inilah dimanfaatkan oleh gerakan Syiah dalam membina imej mereka agar diterima
oleh masyarakat.
Kita mengharapkan tindakan pihak-pihak berkuasa dapat memberi momentum baru kepada semua lapisan masyarakat terhadap bahayanya Syiah. Sungguhpun mereka dianggap masih belum mengancam keselamatan negara, mahukah kita memiliki tentera Syiah seperti berlaku di Yaman yang memberontak terhadap kerajaan dengan sokongan sebuah negara penaung Syiah? Kita juga tidak mahu melihat perayaan Asyura Karbala dilakukan secara terbuka di Malaysia. Secara kesimpulannya, apa yang disampaikan melalui penulisan ini bukanlah untuk menaikkan kebencian terhadap Syiah, tapi sebagai peringatan dalam segi hal akidah kita semua.
Sumber:
Jabatan Agama Islam Selangor
Comments
Post a Comment