BAHAYA IDEOLOGI ‘TAKFIR’ (MENGKAFIRKAN SESEORANG) IDEOLOGI KUMPULAN RADIKAL DAN TERORIS YANG PERLU DICEGAH AGAR TIDAK BERLELUASA
Gejala fahaman pelampau agama
masa kini telah memberikan impak negatif terhadap citra Islam di peringkat
global mahupun tempatan. Berideologikan takfirisme, kumpulan-kumpulan pelampau
telah sewenang-wenangnya menghukum kafir terhadap semua pihak yang tidak
menyokong perjuangan dibawa oleh mereka termasuk umat Islam. Akibat daripada
gejala ini, sering sahaja terjadi kekacauan dan ancaman keselamatan yang serius
terhadap keamanan dunia.
Takfirisme atau perbuatan
mengkafirkan seseorang atau sekumpulan yang tidak sealiran ini sentiasa
berulang dalam sejarah peradaban Islam. Ia ekoran wujudnya kumpulan-kumpulan
radikal atau pelampau aliran kiri yang mengambil mudah dalam isu berkaitan
dengan akidah umat Islam, contoh terdekat, kumpulan Salafiah jihadiyah (Wahabi
Jihad) seperti Daesh, al-Qaeda, Jemaah Jihad Mesir, Jemaah Islamiah, Hizbut
Tahrir serta lain-lain kumpulan militan dan radikal termasuk sebahagian
pengikut Wahabi di seluruh dunia. Senario ini meninggalkan kesan yang negatif
terhadap imej Islam sebagai agama perdamaian dan 'rahmatan lil-alamin'. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang memanggil orang
lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan
itu kembali kepadanya (penuduh)”. (HR Bukhari dan Muslim).
Wujudnya golongan yang mentakfir
individu atau golongan yang tidak sealiran seperti Daesh, al-Qeada, Jemaah
Islamiah, Hizbut Tahrir, Wahabi dan lain-lain lagi adalah disebabkan sikap
jahil serta kekurangan ilmu pengetahuan dan jauh dari mendapat bimbingan sumber
ilmu yang betul dari ulama dan ilmuwan yang betul. Disebabkan mengikut hawa
nafsu dan cita rasa peribadi, golongan seperti itu dengan mudahnya mengkafirkan
orang yang berbeza pendapat dengan mereka di samping menyelar dan menjatuhkan
nama baik lawan dengan menghukum orang berkenaan sebagai kafir tanpa 'tabayyun'
berlandaskan ilmu.
Dalam hal ini, kita seharusnya
lebih berwaspada dan tidak sekali-kali jatuh di dalam perangkap mereka. Kita
juga harus bekerjasama dengan pihak berwajib bagi mencegah fahaman ini dari
terus berleluasa di dalam Malaysia. Negara ini tidak memerlukan fahaman yang
boleh merosakkan akidah umat Islam hingga boleh membawa kepada perpecahan yang
besar.
Sumber: Astro Awani “Jangan mudah
mengkafir dan menerakakan orang” (26 Disember 2013) Jurnal Peradaban, Jil. 11,
43-61 (2018) “gejala takfirisme dalam gerakan ekstremisme agama semasa”,
Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Comments
Post a Comment