BAHAYA SYIAH!!! KEKEJAMAN SYIAH TERHADAP GOLONGAN SUNNI DI NEGARA YANG MENDOKONG SYIAH PERLU DIJADIKAN PENGAJARAN
Bahaya
Syiah kepada akidah Islam dan sebagai perosak akidah Islam tidak dapat
dinafikan. Tidak dapat dinafikan juga bahawa Syiah adalah pergerakan Batiniah
dan merupakan pelopor kepada kemunculan kumpulan ajaran sesat serta kumpulan
Batiniah sesat yang lain.
Sejarah
dan kajian menunjukkan bahawa aliran sesat Batiniah seperti Ismailiyah,
Nusoiriah, Bahaiah, Qarotimah, Duruz dan lain-lain lagi adalah pecahan dari
golongan Syiah. Percanggahan pendapat dalam menentukan Imam mereka dari
keluarga Rasulullah SAW menjadikan mereka berpecah kepada pelbagai jenis aliran
dan kumpulan.
Kekejaman
Syiah boleh dilihat apabila mereka mempunyai kuasa, pengaruh yang kuat atau
negara sendiri. Contohnya Iran adalah negara Syiah yang tidak akan membenarkan
fahaman Sunni untuk berdiri tegak sama sekali meskipun mereka berada dalam satu
barisan dengan golongan Sunni untuk memerangi musuh-musuh Islam.
Oleh
itu, kita perlu belajar daripada sejarah ini supaya negara Malaysia yang juga
mempunyai segelintir masyarakat berfahaman Syiah tidak mengulangi kesalahan
yang sama seperti berlaku di Iran. Perlu diingatkan bahawa adalah satu
kemestian untuk membuka hakikat bahawa Syiah itu adalah ajaran sesat Batiniah
melalui sejarah dan ciri-ciri persamaan antara keduanya. Permusuhan Syiah
terhadap Sunni memang tidak pernah ada penghujungnya.
Jika mereka masih lemah dan bilangan yang sedikit, mereka akan bertaqiyyah seolah-olah berbaik dan saling menghormati golongan Sunni. Namun, jika bilangan mereka sudah ramai dan merasa sudah ada kekuatan, mereka akan menindas orang-orang sunni malah sampai satu tahap menghalalkan darah orang-orang Sunni. Apa yang berlaku di negara yang dikuasai Syiah seperti di Iran, Iraq, Syria, Lebanon dan negara majoriti Syiah yang lain perlu kita jadikan iktibar atau pengajaran yang berguna.
Sumber:
akidah2u.wordpress.co. (19 Disember 2011)
Comments
Post a Comment