IDEOLOGI HIZBUT TAHRIR ADALAH IDEOLOGI YANG RADIKAL DAN EKSTREM MIRIP DAESH YANG BOLEH MENGGUGAT KEHARMONIAN DAN KESELAMATAN NEGARA
#TOLAK
HIZBUT TAHRIR#
Pertubuhan Hizbut Tahrir merupakan
satu pertubuhan tidak berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia (ROS) yang bergerak aktif di Malaysia pada masa kini.
Pertubuhan ini bukan sekadar bermotifkan
politik untuk mengambil alih pemerintahan negara-negara di dunia khususnya bagi
negara-negara di bawah pemerintahan Muslim bagi membentuk dan mengembalikan
pemerintahan negara Islam berkhalifah. Bahkan dalam hal kefahaman agamanya juga
ada yang tersasar dari landasan kefahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ketika ini Hizbut Tahrir tidak
terlibat atau dikaitkan dengan aktiviti radikalisme mahupun terorisme kerana di
tahap awal pergerakan mereka ini mereka masih memfokuskan kepada usaha dakwah
mengajak masyarakat ikut serta bersama perjuangan mereka untuk menegakkan
sebuah Khilafah Islamiyah. Namun begitu, apabila mereka masuk ke fasa atau
tahap yang seterusnya, pergerakan Hizbut Tahrir ini memang berpotensi untuk
menjadi sebuah organisasi yang terlibat dengan aktiviti ekstremisme dan
radikalisme berdasarkan ideologi dan perjuangan mereka itu.
Matlamat untuk menegakkan sebuah
Khilafah Islamiyah yang diperjuangkan oleh Hizbut Tahrir adalah sinonim dengan
perjuangan Daesh, cuma bezanya adalah manhaj atau kaedah bagi mencapai objektif
mereka sahaja. Bahkan kefahaman mereka tentang sistem yang ada sekarang sistem
kufur, bahaya dan kesyirikan demokrasi, pemerintah yang menggunakan sistem
demokrasi dan mereka yang menyokong demokrasi sebagai jahiliyah dan kufur;
sebenarnya sama dengan apa yang difahami oleh kumpulan militan seperti Daesh,
al-Qaeda, Jemaah Islamiah dan lain-lain kumpulan militan dan teroris.
Penubuhan Hizbut Tahrir juga
bertujuan untuk mengajak kaum muslimin kembali ke arah kehidupan Islamik
mengikut hukum-hakam syarak yang ditetapkan. Pemimpinnya kelak adalah seorang
Khalifah yang diangkat dan dibai’at oleh kaum muslimin untuk ditaati dan
mengembangkan doktrinnya ke seluruh dunia melalui dakwah dan jihad.
Seruan ini juga mirip sepertimana
yang dilakukan Daesh al-Qaeda, Jemaah Islamiyah dan kumpulan teroris yang
lain. Contohnya seperti kumpulan Daesh
pada tahun 2014 dahulu di mana mereka menyeru agar umat Islam berbaiah dengan
Abu Bakar Al-Baghdadi sebagai seorang Khalifah kepada sebuah Khilafah
Islamiyah. Seruan begini juga dilakukan oleh kumpulan Hizbut Tahrir cuma
bezanya mereka masih di peringkat awal dan lebih tumpukan supaya umat Islam
menolak sistem yang ada sekarang dan menyokong sistem Khilafah yang mereka
war-warkan.
Kebanyakan negara telah mengenakan
larangan ke atas pertubuhan Hizbut Tahrir, namun aktiviti dan pergerakan mereka
dilakukan secara 'underground' dan rahsia. Lain pula di Malaysia, aktiviti dan
gerakan Hizbut Tahrir agak menonjol di beberapa negeri seperti Selangor dan
Johor. Kini aktiviti Hizbut Tahrir terutamanya majlis forum atau seminar
tentang perjuangan Khilafah Islamiyah banyak berpusat di Bandar Baru Bangi.
Kemiripan pergerakan dan aktiviti
Hizbut Tahrir selari dengan pergerakan dan aktiviti Daesh menyebabkan ianya
dilihat sebagai satu ancaman bahaya kepada keselamatan negara. Amat wajar
pertubuhan Hizbut Tahrir difatwakan haram. Namun pada masa yang sama perlu
dipantau pergerakan dan aktiviti yang dilakukan oleh mereka terutamanya
aktiviti yang dibuat secara rahsia.
Sumber:
Terrorisme Observer, (12 November 2020)
Comments
Post a Comment