JADILAH MANUSIA TERBAIK YANG SENTIASA MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN

Hidup kita di atas muka bumi Allah SWT ini sudah pasti mempunyai tujuan sebenar, iaitu memperolehi rahmat dan ganjaran yang baik. Terdapat banyak cara untuk memperolehi kerahmatan dari Allah SWT, salah satunya berbakti kepada masyarakat dan makhluk alam yang lain. Sabda Rasulullah SAW:

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR Bukhari dan Muslim)

Lihat, betapa mulianya manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain. Berdasarkan hadis di atas, Allah SWT sangat memuliakan hambaNya yang sentiasa berbuat kebaikan dan perkara itu memberi manfaat kepada orang di sekelilingnya. Akan tetapi, manfaat yang dimaksudkan itu bukanlah tertakluk kepada sesuatu pemberian sperti harta, barangan atau pertolongan sahaja. Manfaat yang dimaksudkan itu memberi maksud yang sangat luas seperti memberi tunjuk ajar dengan ilmu yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, mengajak seseorang ke dalam majlis ilmu juga boleh dikategorikan sebagai memberi manfaat kepada manusia lain.

Dalam sehari ada 24 jam iaitu bersamaan 1,440 minit. Setiap Muslim perlu menggunakan setiap masa yang dianugerahkan itu untuk melakukan apa saja perkara yang memberi manfaat terutama menyediakan bekalan menuju akhirat. Berdoalah kepadaa Allah S.W.T agar kita sentiasa dilindungi dari musibah lain di samping agar tetap terus menabur bakti. Biarlah tidak dihargai manusia, namun kita terus berusaha memperbaiki diri. Redhalah dengan setiap ujian yang hadir ketika kita menabur jasa.

Sumber: Harian Metro “Sentiasa beri manfaat pada orang lain” (31 Julai 2018) dan Sinar Harian “Hidup biarlah memberi manfaat kepada semua” (10 Mei 2019)

 

 

Comments