Para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah telah sepakat akan kesesatan fahaman Syiah. Terdapat banyak bukti yang jelas kesesatan Syiah yang diambil daripada kitab-kitab Syiah, situs-situs Syiah dan kata-kata ulamak Syiah.
Sebagai contoh, orang Syiah Rafidhah mengatakan al-Quran yang ada ditangan kaum muslimin (Ahli Sunnah) berbeza dengan al-Quran versi ahlul bait. Mereka juga telah mengkafirkan para sahabat terutamanya Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Orang Syiah turut bersifat ghulluw (melampau) kepada imam-imam mereka bahkan sehingga pada taraf ‘menuhankan’ imam-imam tersebut
Salah seorang tokoh utama ulama Syiah iaitu Ayotullah Khomeini turut mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W telah menyembunyikan sebahagian risalah dan gagal membina umat. Bahkan mengkafirkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan menganggap sebagai najis dan halal dibunuh menurut kaum Syiah.
Sesungguhnya keyakinan fahaman Syiah tersebut adalah sangat bahaya. Jika sudah termakan dengan agenda yang didoktrinisasikan oleh Syiah, mereka akan mula merasa ragu-ragu dan mula tidak mempercayai al-Quran dan hadis-hadis nabi kerana mula terpengaruh dengan dakwaan Syiah yang mengatakan para sahabat yang meriwayatkan kepada kita dianggap sebagai orang-orang fasik, terlaknat dan murtad.
Seterusnya hal ini membuatkan mereka terus meyakini bahawa umat Nabi Muhammad yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah umat yang terburuk kerana nenek moyang (para sahabat) adalah orang murtad dan kita pula mengambil ajaran agama Islam ini dari ajaran nenek moyang kita (para sahabat) yang dikatakan kaum yang telah murtad.
Sedangkan Allah telah berfirman tentang para sahabat dalam Surah al-Imran ayat 110 yang bermaksud “Kalian adalah umat yang terbaik dilahirkan untuk manusia” dan nabi juga bersabda “sebaik-baik manusia adalah generasiku (iaitu para sahabat).
Oleh itu, janganlah mudah terpengaruh dengan perangkap Syiah kerana sesungguhnya mereka hanyalah bertaqiyyah (berpura-pura) dan menyembunyikan akidah busuknya yang terpendam kepada para sahabat Nabi bahkan kepada isteri Nabi, Aisyah binti Abi Bakar. Akibatnya boleh terkeluar akidah daripada ajaran Islam yang sebenar jika seseorang itu terpengaruh dan berpegang kepada ajaran Syiah.
Sumber: Buku 'Sejarah Berdarah Sekte Syi’ah – Membongkar Koleksi Dusta Syaikh Idahram', Uztaz Firanda (2012).
Comments
Post a Comment