Kenapa ajaran Syiah bahaya kepada umat Islam yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah?
Sebenarnya terdapat beberapa ciri utama ajaran Syiah yang sesat dan menyesatkan dan amat berbahaya kepada umat Islam jika dibiarkan terus berkembang di negara ini. Antaranya adalah Syiah mengamalkan akidah Taqiyyah (boleh berbohong).
Taqiyyah maknanya berbohong. Akidah Taqiyyah ini akan menjadi ancaman kepada umat Islam kerana orang-orang Syiah disyariatkan untuk berpura-pura atau berlakon di hadapan golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah, seolah-olah mereka adalah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi pada masa yang sama menyebarkan fahaman mereka secara licik dalam kalangan Ahli Sunnah.
Berkata dusta dibolehkan malah disyariatkan dalam ajaran Syiah. Bahkan sehingga digalakkan. Dalam kitab Syiah menyatakan:
“Taqiyah adalah sebahagian dari agamaku dan agama nenek moyangku. Dan tidak ada iman bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah.”
Al-Kulaini juga meriwayatkan dari Abdullah bin Ja’far,
“Sesungguhnya sembilan persepuluh (90%) agama adalah taqiyyah. Tidak ada agama bagi orang yang tidak melakukan taqiyyah.” (Kitab Syiah - Ushul Al-Kaafi, Biharul Anwar, dan Wasail Syiah).
Tidak beriman bagi sesiapa yang tidak berdusta. Dianjurkan berdusta dalam ajaran Syiah. Ini kerana muslihat mereka, ajaran-ajaran mereka memang tidak boleh diterima oleh akal yang waras, apatah lagi akal yang dipimpin oleh wahyu Al-Quran dan Sunnah. Mereka perlu kepada taqiyyah (berdusta).
Maka jangan terkejut kalau kita tanya orang Syiah, “Adakah engkau Syiah?” Dia akan jawab bahawa dia Sunni (Ahli Sunnah). Jangan terkejut. Bohong orang Syiah ini macam selawat, macam zikir bagi mereka. Bahkan mereka menganggap dapat pahala dengan bertaqiyyah.
Melihat kepada akidah Taqiyyah Syiah ini, tidak diragukan lagi bahawa Syiah bukanlah sebahagian daripada Islam. Mereka menafikan kebenaran al-Quran, menokok tambah dan mengubahsuai kebenaran al-Quran malah mengkafirkan para sahabat dan berbohong dalam agama.
Oleh itu, ketahuilah bahawa Syiah adalah suatu penyelewengan yang sangat dahsyat yang menjadikannya sebagai suatu agama baru yang tidak ada kaitannya dengan ajaran Islam yang benar. Sehubungan itu, wajib kita memelihara diri, keluarga dan rakan-rakan daripada terjebak dengan fahaman karut Syiah yang berlandaskan nafsu bukannya wahyu.
Sumber: Uztaz Asri Yusof – Bahaya Syiah kepada Aqidah, Syariah, Akhlak, Ummah dan Negara, Seminar Pemantapan Aqidah, Majlis Agama Islam Selangor.
Comments
Post a Comment