LTTE ADALAH KUMPULAN PENGGANAS YANG BAHAYA!!! KENAPA MASIH ADA LAGI RAKYAT MALAYSIA YANG MENYOKONG???

Pengaruh kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) adalah bahaya dan boleh memberi ancaman kepada individu, masyarakat malah negara. LTTE merupakan organisasi gerila yang berjuang menentang kerajaan Sri Lanka untuk mendapatkan sebuah kawasan atau negara yang bebas dan merdeka bagi penduduk berketurunan Tamil di utara dan timur pulau itu.

Sejarah dahulu jika diungkit kembali untuk menaikkan semangat khususnya masyarakat berketurunan Tamil di Malaysia, ianya perlu dibendung segera kerana semaian-semaian ideologi LTTE secara halus ini boleh mempengaruhi ke arah tindakan terrorisme dalam negara.

Sebagai contoh, baru-baru ini pemegang akaun Facebook seorang rakyat Malaysia yang dipercayai berketurunan Tamil iaitu ‘Maha Ramakrishnan’ dilihat telah memuat naik gambar beberapa orang pelajar Tamil di Universiti Jaffna, Sri Lanka sedang meletakkan semula  batu asas yang digelar sebagai Mullivaikkal Memorial selepas tindakan Sri Lanka yang cuba merobohkannya. Tindakan Sri Lanka tersebut telah mendapat tentangan daripada pelajar Universiti Jaffna kerana mereka menganggap ianya sebagai peringatan kepada orang Tamil yang terbunuh di Sri Lanka.

Kenyataan pada Facebook ‘Maha Ramakrishnan’ yang berbunyi “Well done studens for a successful protest. I hope vocal Tamil students will not be adversely targeted by genocidal SL”, memperlihatkan bahawa kemungkinan ideologi kumpulan LTTE masih wujud dan tidak pernah mati walaupun ketua mereka Prabhakaran sudah mati. Malah dikhuatiri dengan adanya kenyataan-kenyataan provokasi atau semangat seperti yang dilakukan oleh pemilik akaun ini, maka tidak mustahil akan memberi ancaman kepada negara kita.

Oleh itu, pihak keselamatan negara tidak boleh pandang enteng terhadap sebaran di media sosial yang berunsurkan memberi semangat kepada sesuatu kaum untuk bertindak ke arah keganasan sebagai tanda protes. Orang awam juga perlu bekerjasama dengan memberi maklumat kepada pihak berkuasa bagi sama-sama membendung perkara yang tidak diingini di negara kita. Cukuplah dengan penyebaran wabak COVID-19, banjir dan darurat yang dilalui oleh rakyat Malaysia kini, janganlah pula ditambah dengan isu keganasan yang boleh memperok-perandakan kaum dan keselamatan negara.

 

Sumber:  Unit Penyelidikan Counter  Terorisme Malaysia dan Berita Harian, 31 Julai 2018. 


 

Comments