Menuntut ilmu
merupakan satu kewajipan kepada seluruh umat manusia. Ini kerana, ilmu
merupakan kayu ukur dalam kehidupan kita dalam menentukan sama ada perkara
tersebut baik atau tidak. Selain itu, Allah SWT juga akan mengangkat
orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat berdasarkan firman-Nya:
“Supaya Allah
SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa
darjat”. (QS al-Mujadalah: 11)
Nampak bukan?
Betapa tingginya darjat orang yang mempunyai ilmu, khususnya ilmu agama yang
diangkat oleh Allah SWT. Oleh sebab itu, setiap daripada kita wajib mempunyai
ilmu walaupun sekadar ilmu asas. Bayangkan apa yg akan terjadi sekiranya kita
tidak mempunyai ilmu? Kita mungkin akan ditipu, sedangkan yang mempunyai ilmu
sahaja mudah ditipu, apatah lagi yang tidak mempunyai ilmu. Seperkara lagi,
jika kita tidak mempunyai ilmu, sudah pasti hati dan minda kita akan kosong.
Apabila kosong, maka fahaman-fahaman songsang dan sesat seperti terorisme,
liberalisme, pluralisme, sekularisme, ateisme dan ajaran sesat yang lain mudah
meresap ke jiwa dan agak payah untuk dipulihkan.
Ilmu juga akan
menjaga keselamatan diri manusia terutamanya dalam kehidupan zaman ini yang
penuh cabaran termasuk masalah jenayah yang membahayakan sehingga membabitkan
nyawa. Dengan ilmu, ia akan menjaga kita daripada melakukan perkara dimurkai
Allah SWT. Ilmu syariah membuatkan kita lebih mengetahui mengenai kehidupan
yang diredai Allah SWT. Kehidupan di dunia ini sementara saja kerana kehidupan
akhirat yang kekal abadi. Maka, kuasailah ilmu sebanyak mungkin kerana ia
merupakan salah satu jalan mudah ke syurga.
Dari Abu Hurairah
RA dia berkata; Rasulullah SAW telah bersabda: “Barang siapa menempuh jalan
untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan ke syurga baginya.
Tidaklah sekelompok orang berkumpul di suatu masjid (rumah Allah) untuk membaca
Al Qur’an dan saling mempelajari di antara mereka, melainkan ketenangan akan
turun kepada mereka, mereka akan diliputi oleh rahmat, dikelilingi oleh para
malaikat, dan Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang
berada di sisi-Nya. Barang siapa yang ketinggalan amalnya (untuk masuk syurga),
maka nasabnya (keturunannya) tidak akan boleh meninggikannya untuk masuk
syurga).” (HR Muslim: 4867).
Sumber:
'Kelebihan menuntut ilmu', Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Comments
Post a Comment