AWAS!!! GERAKAN KRISTIANISASI UMPAMA ‘API DALAM SEKAM’ YANG BERUSAHA UNTUK MEMURTADKAN UMAT ISLAM



Dalam sejarah perkembangan Islam, satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah Islam terus menjadi agama paling popular yang mengalami gangguan atau serangan sama ada secara terbuka atau tersembunyi oleh pihak-pihak yang anti-Islam. Namun, kini gangguan dan serangan dilakukan secara terbuka serta tidak berselindung lagi. Terdapat banyak faktor gangguan itu berlaku, namun yang paling jelas ialah bertujuan memurtadkan umat Islam dan seterusnya meruntuhkan Islam itu sendiri daripada terus berkembang.

Gerakan Kristianisasi adalah salah satu faktor berlakunya peningkatan bencana murtad. Gerakan kristianisasi ini seolah-olah mengambil kesempatan dari kelalaian dan kelemahan jati diri umat Islam itu sendiri selain Kristian merupakan agama yang paling aktif menggerakkan usaha misionari untuk menarik penganut agama lain khususnya penganut agama Islam untuk menganut agama tersebut.

Antara gerakan Kristian yang paling aktif ialah gerakan Evangelism yang merupakan gerakan misionari di bawah mazhab Evangelical yang memfokuskan usaha penyebaran agama Kristian melalui pelbagai cara pendekatan termasuk usaha yang bersifat ofensif. Gerakan ini menuntut komitmen yang tinggi dalam diri pendakyah Kristian, melakukan persiapan yang rapi dari segi fizikal, mental, rohani dan merupakan gerakan yang paling aktif di Malaysia. 

Gerakan kristianisasi ini dilakukan secara tersusun dan terancang sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Hakikatnya, gerakan Evangelism ini mempunyai ‘mastermind’ di peringkat antarabangsa yang mengawal pergerakan, menyusun strategi, melakukan penyelidikan dan melatih kader yang berkaliber untuk menggerakkan misi mereka. Keseragaman usaha mereka inilah menjadikan gerakan mereka amat licik dan jika berlaku sesuatu khususnya berkaitan pertembungan dengan Islam, ia terus mendapat sokongan kukuh dan perhatian dari seluruh dunia.

Umat Islam di Malaysia hanya menyedari dan dikejutkan oleh gejala buruk ini apabila berlakunya kes murtad. Gerakan Kristianisasi ini seolah-olah seperi api dalam sekam, yang merosakkan akidah umat Islam secara perlahan-lahan melalui pelbagai program yang dijalankan. Umat Islam seolah-olah gagal mengesan masalah ini sejak dari awal. Inilah gambaran berjayanya strategi kristianisasi yang dijalankan oleh mereka. 

Tidak mengamalkan ajaran Islam sejak dari kecil, penggunaan alasan perkahwinan untuk menukar agama, pengunaan alasan hak kebebasan individu untuk menukar agama dan kelemahan kesatuan umat Islam itu sendiri dalam menangani kesatuan gerakan Kristian adalah merupakan faktor utama berlakunya murtad. Ia seharusnya diambil iktibar dan perhatian yang serius oleh setiap umat Islam. 

Sumber: Buku 'Pendedahan Agenda Kristian', Majlis Agama Islam Selangor.


 

Comments