AWAS!!! GERAKAN MEMURTADKAN ORANG ISLAM MELALUI 'JERAT PERCINTAAN'SATU ANCAMAN YANG SERIUS KERANA MENGGUGAT AKIDAH UMAT ISLAM DAN KEHARMONIAN BERAGAMA
Mutakhir ini gejala murtad yang melibatkan orang Melayu di Malaysia semakin banyak berlaku. Apa yang menyedihkan ialah kebanyakan yang terlibat adalah terdiri daripada anak-anak muda yang kurang pendidikan agama dan terpengaruh fahaman liberal atau kebebasan Barat. Mereka murtad kerana menganggap keputusan keluar dari Islam adalah alasan kebebasan beragama dan perkara itu adalah urusan peribadi individu terbabit dengan Tuhan. Mereka amat mudah terpengaruh dengan modus operandi gerakan musuh-musuh Islam yang cuba memurtadkan orang Islam melalui percintaan dan perkahwinan.
Hal ini terbukti apabila baru-baru ini tular sebuah video berdurasi 3 minit 26 saat yang memaparkan seorang lelaki beragama Hindu mengaku telah memurtadkan seorang wanita Islam yang dipercayai sebagai isterinya dan kelihatan bangga kerana berjaya memurtadkan seorang gadis beragama Islam. Bukan itu sahaja, dia juga malah mengaku bahawa ketika ini terdapat gerakan-gerakan yang aktif yang dijalankan oleh beliau dan kumpulannya untuk cuba memerangkap anak gadis Melayu supaya keluar daripada Islam.
Selain itu, gerakan misionari Kristian juga turut tidak ketinggalan aktif dalam memurtadkan orang Islam di negara ini. Malah mereka pernah melakar sejarah menerbitkan buku-buku mengenai ajaran Kristian di dalam Bahasa Melayu yang berjudul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul sebagai taktik untuk mengkafirkan orang Melayu Islam. MajalahThe Minaret terbitan Pusat Islam California turut mendedahkan bahawa pendakwah Kristian menjadikan Malaysia di antara sasaran bagi satu gerakan dakyah yang dipanggil Window 10/40.
Terdapat banyak kes yang menunjukkan orang Melayu Islam murtad disebabkan oleh percintaan atau perkahwinan. Sebagai contoh, satu ketika dulu, Hartina Kamaruddin dari Kampar Perak telah murtad kerana mengikut agama suami yang berbangsa India. Nor Aisyah Bokhari daripada Pontian Johor yang merupakan seorang yang berpendidikan agama dan anak kepada seorang imam telah berkahwin lari dengan seorang pemuda berbangsa cina. Dalam kes Azlina Jailani atau lebih dikenali sebagai Lina Joy yang berketurunan jawa pula, beliau telah membuat permohonan murtad untuk mengahwini seorang lelaki india beragama Kristian malah telah mempunyai sijil baptis dari gereja baptis Our Lady Fatima di brickfield. Beliau dikatakan tidak pernah mempraktikkan agama Islam sejak lahir. Dalam kes Siti Fatimah Abdul Karim dari Melaka yang memang dibesarkan oleh ibu bapanya yang berketurunan India Muslim dengan ajaran Islam, namun telah murtad apabila melarikan diri bersama teman lelakinya yang beragama Hindu.
Hal ini menunjukkan bahawa modus operandi gerakan memurtadkan orang Melayu Islam melalui pecintaan atau perkahwinan amat berkesan dan peratusan kejayaan adalah sangat tinggi demi meruntuhkan akidah seseorang yang beragama Islam dan menghancurkan agama Islam di mata dunia.
Oleh itu, umat Islam perlu berwaspada dengan taktik gerakan misionari ini. Janganlah kerana cinta boleh membuatkan anda menjadi buta dan menggadaikan agama. Berpegang teguhlah kepada ajaran Islam, petunjuk al-Quran dan as-Sunnah, kelak ia akan membantu anda dari terus sesat. Pihak berkuasa juga perlu lebih proaktif dalam menangani perkara ini. Janganlah berkira soal bidang kuasa, jalankanlah tugas demi amanah untuk menjaga agama.
Sumber: Harakah Daily- 20 Februari 2021
Comments
Post a Comment