AWAS!!!PENYEBARAN GERAKAN SYIAH DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS. SEMUA PIHAK PERLU BERTANGGUNG JAWAB UNTUK MENGHALANGNYA

Kini, terdapat pihak-pihak atau kumpulan yang cuba menimbulkan isu-isu mengenai keperluan pembaharuan dalam agama terutamanya dibincangkan melalui media sosial.  Biasanya kumpulan tersebut mencari-cari aliran pembaharuan yang hendak ditonjolkan. Antaranya termasuklah aliran pemikiran yang menolak mazhab-mazhab yang menjadi landasan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) kerana bagi mereka fahaman ASWJ yang berdasarkan mazhab-mazhab tersebut akan membawa kepada kejumudan berfikir, kemunduran umat dan sebagainya. 

Sementara itu, fahaman Syiah juga menjadi salah satu alternatif bagi umat Islam untuk ‘berdamping’ dengannya kerana kononnya dikatakan lebih relevan, terbuka dan tidak terbatas. Oleh itu, tidak hairanlah jika Syiah dikategorikan sebagai salah satu aliran dalam Islam yang memiliki jumlah pengikut terbesar nombor dua setelah ASWJ. 

Namun hakikatnya, Syiah lah yang memporak-perandakan bukan sahaja akidah umat Islam, malah menjadi ancaman keselamatan kepada sesebuah negara. Menurut seorang ulamak tersohor Syria, Sheikh Sariah al-Rifaie yang kini tinggal dalam pelarian di Turki menyatakan “saya nasihatkan banteras habis-habisan golongan Syiah di negara anda. Kami dulu hidup dengan Syiah di dalam satu negara. Keadaan pada mulanya seperti biasa, tapi rupa-rupanya hanya sementara sebelum mereka menunjukkan perangai sebenar dan berlakunya peperangan adalah kerana mereka”.

Selain itu, kumpulan sayap bersenjata gerakan Syiah al-Yamani yang berpangkalan di Iraq percaya ketua mereka Ahmad Hassan adalah Imam Mahdi dan pengikut Syiah di Malaysia direkrut untuk berjihad di Iraq. Gerakan militan Syiah yang menggelarkan kumpulan mereka Ansarul Imam Mahdi atau pengikut Imam Mahdi ini juga dikesan di negara ini di mana sejumlah 80-100 orang pengikutnya turut berada di Malaysia.

Perkara ini jelas menunjukkan bahawa ancaman bahaya Syiah kini sudah menjurus kepada kegiatan militan malah isu ini bukannya suatu perkara yang baru. Oleh itu, semua pihak terutamanya pihak berkuasa agama seperti Jabatan Agama setiap negeri, JAKIM, IKIM, YADIM, dan semua NGO Islam perlu melipat gandakan usaha dan berganding bahu untuk menghalang gerakan Syiah ini. Usaha penerangan secara berterusan kepada masyarakat termasuk kepada pelajar-pelajar sekolah melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan, mengenai bahaya Syiah perlu dilakukan dengan lebih serius. Di samping itu, sebarang penulisan yang berunsur Syiah perlu diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap gerakan Syiah di negara ini perlu diambil oleh pihak berkuasa terbabit.

Kekangan dari pihak penguatkuasaan atau undang-undang perlulah ditangani segera. Cukuplah apa yang berlaku di Syria diambil pengajaran. Semoga pihak terlibat pantas bertindak dan masyarakat berwaspada dengan doktrin sesat yang disebarkan. Janganlah sudah terhantuk baru nak terngadah.

Sumber: Harian Metro- 17 Januari 2017


 

Comments