BAHAYA LTTE!!! PERGERAKANNYA BERSELINDUNG DI SEBALIK PARTI POLITIK DAN 'NGO


Di Malaysia ancaman LTTE bermula pada tahun 1970an dengan penubuhan Malaysian Ceylon Congress (MCC) untuk melengkapkan ideologi yang diperjuangkan mereka. Kumpulan ini berkembang dan terus menyatakan sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE.

Kini LTTE semakin berani bukan sahaja dengan kejayaan beberapa pemimpin utama mereka yang berselindung disebalik parti politik, malah turut memberikan sokongan secara terbuka samada melalui sambutan, perarakan dan sebagainya. Sebagai contoh majlis memperingati pahlawan yang terkorban dalam perjuangan LTTE dikenali sebagai Maaveeran Thiran iaitu penyembahan senjata AK-47. 

Walaupun selepas peristiwa penangkapan beberapa ahli politik yang dipercayai memberi sokongan kepada LTTE tampak kini sepi, namun percayalah bahawa sebenarnya LTTE semakin berkembang pesat dalam negara kita kerana dilindungi oleh sekelompok mereka yang berpengaruh dalam politik.

Jika mereka menyatakan sokongan terhadap LTTE atau MCC sejak dari awal, maka pastinya gerakan LTTE akan disekat. Oleh itu, mereka menggunakan pendekatan menyusup masuk dalam parti yang sah seperti DAP dan pertubuhan-pertubuhan berdaftar yang lain bagi menjalankan dakyah LTTE secara halus dan berkesan.

Justeru itu, tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan dan perundangan terhadap penangkapan atau apa-apa sekatan terhadap kumpulan mahupun individu yang didapati cenderung ke arah memberi sokongan terhadap LTTE adalah tepat dan benar.

Ancaman LTTE dan mana-mana kumpulan radikal bermotifkan keganasan adalah ancaman yang tidak boleh dipandang sepi. Ancaman teroris yang merentas agama atau kaum sentiasa berevolusi dan merangka gerakan secara sembunyi atau terang walaupun ketika pandemic COVID-19.

Sumber: Astro Awani- 14 Oktober 2019.

Comments