Itsar atau dalam perkataan lainnya mengutamakan orang lain adalah perbuatan yang sangat terpuji. Ini kerana Itsar merupakan satu sifat yang sangat disukai oleh Allah SWT dan termasuk di dalam akhlak seorang Muslim yang diperoleh hasil dari pendidikan agamanya dan kebaikan keIslamannya. Oleh kerana itu sekiranya seorang Muslim mendapat peluang berbuat itsar, maka mereka akan melakukannya dengan segera tanpa bertangguh. Firman Allah SWT:
“Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS al-Hasyr: 9)
Maka jelaslah di sini bahawa perbuatan atau sifat itsar ini sangat disenangi dan dicintai oleh Allah SWT kerana orang yang mengutamakan orang lain lebih daripada dirinya adalah satu perbuatan yang mulia kerana mereka mendahulukan keperluan pihak yang didalam kesusahan dan sangat memerlukan bantuan berbanding dengan diri mereka. Untuk itu, Allah telah menjanjikan syurga buat mereka yang mengamalkannya. Antara kelebihan melakukan itsar sesama Muslim adalah:
- Dicintai oleh Allah SWT.
- Disayangi oleh masyarakat.
- Dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.
- Ikatan persaudaraan sesama Muslim makin kukuh.
Jadi, marilah kita sama-sama mengamalkan sifat itsar dan menjadikannya contoh dan tauladan kepada masyarakat sekeliling. Tidak rugi melakukan walau sedikit pun kebaikan antara sesama Muslim bahkan sesama masyarakat lainnya kerana sudah pasti ganjaran syurga sedia menanti.
Sumber: Laman Web Muslim.org.id
Comments
Post a Comment