PERJUANGAN HIZBUT TAHRIR UNTUK MENEGAKKAN KHILAFAH BOLEH MENCETUSKAN GERAKAN RADIKALISME DAN MILITAN DI MASA AKAN DATANG TOLAK HIZBUT TAHRIR!!!

 


Tujuan perjuangan gerakan Hizbut Tahrir adalah untuk menegakkan sistem Khilafah Islam di bawah satu pemerintahan Khalifah secara global. Walaupun gerakan Hizbut Tahrir dilihat agak pasif dalam menonjolkan aktivitinya pada ketika ini, namun, pada hakikatnya modus operandi Hizbut Tahrir adalah sama dengan kumpulan militan atau teroris lain seperti Daesh, al-Qaeda, Jemaah Islamiah dan lain-lain yang berjuang untuk menegakkan Khalifah Islam global dan menggantikan sistem yang ada  dengan 'sistem 'Islam' mengikut fahaman mereka. 

Seperti juga kumpulan militan atau teroris yang mempunyai jaringan di peringkat global, Hizbut Tahrir juga mempunyai rangkaian mereka di peringkat global dan agenda menegakkan Khalifah Islam juga dirancang dan digerakkan secara global. Cuma mereka berbeza dengan kumpulan militan atau teroris mengenai strategi peringkat awal yang dilihat menyusun 'jihad pemikiran' untuk mempengaruhi masyarakat sebelum wujud kekuatan untuk mengambil alih kekuasaan melalui kekerasan.

Oleh itu, tidak hairan jika kita lihat antara strategi gerakan Hizbut Tahrir Malaysia adalah mensasarkan pengaruh angkatan tentera dan pegawai-pegawai kanan sesebuah kerajaan dengan tujuan menjatuhkan kerajaan sedia ada bagi menubuhkan Khilafah.

Berdasakan misi perjuangan dan strategi gerakan Hizbut Tahrir yang menyamai gerakan kumpulan militan atau teroris, maka gerakan Hizbut Tahrir sangat berpotensi untuk menjadi lebih agresif dan radikal pada masa akan datang sekiranya berjaya mencapai matlamat politik melalui kaedah-kaedah yang sedia ada iaitu protes dan demonstrasi jalanan.

Sepertimana gerakan politik radikal kumpulan Darul Islam di Indonesia yang telah melahirkan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) di Indonesia, dan mereka juga berupaya mewujudkan minoriti umat Islam yang berideologi radikal dan menggunakan kekerasan serta keganasan sebagai penyelesaian terakhir untuk mencapai objektif politik.

Gerakan Hizbut Tahrir Malaysia juga kini dikesan menyebarkan sentimen anti-Barat terutamanya melalui media sosial dan forum-forum terbuka. Sekiranya situasi ini berlarutan dalam negara, ia boleh menimbulkan sentimen radikalisme di kalangan masyarakat Islam di negara ini. 

Selain itu, ia juga boleh memberi satu ancaman keselamatan kepada rakyat asing (khususnya dari Eropah) dan kepentingan Barat di negara ini. Sekaligus, keadaan ini berupaya mencemarkan imej negara dan memberi kesan buruk kepada persepsi pelabur-pelabur Barat yang boleh menjejaskan aspek ekonomi negara.

Sumber: Terrorism Observer (12 November 2020)


Comments