AWAS DENGAN STRATEGI HALUS PENDAKYAH KRISTIAN!!! MENGGUNAKAN ORANG MELAYU KRISTIAN UNTUK MEMURTADKAN UMAT ISLAM DI NEGARA INI


Isu seorang Melayu Islam murtad ke agama Kristian bukanlah satu isu yang baru. Satu ketika dulu, seorang Melayu Islam yang murtad akan cuba merahsiakan anutan agama baru mereka (Kristian) dan mereka sanggup berpura-pura seolah-olah masih beragama Islam. Perkara ini dijelaskan dalam satu kajian mengenai Kristianisasi di Malaysia yang dilakukan oleh sebuah universiti Kristian di Amerika Syarikat. Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti identiti sosio-keagamaan dan kehidupan orang Melayu Kristian di negara ini. Hasil kajian mendapati bahawa:
1. Sama ada di luar mahupun di dalam rumah, Melayu Kristian tidak mengenakan sebarang tanda salib di anggota badan dan tidak meletakkan sebarang bahan bacaan berkait agama Kristian di rumah mereka;
2. Mereka mengaku bahawa mereka tidak melakukan sebarang upacara keagamaan Kristian di hadapan orang ramai; dan
3. Mereka masih sesekali menzahirkan ibadat Islam seperti solat di masjid dan berpuasa seolah-olah mereka masih beragama Islam.

Namun, ianya sangat berlainan dengan zaman sekarang. Bangsa Melayu yang murtad memeluk agama Kristian kini seolah-olah bangga dengan ‘title’ diri malah tanpa segan silu dan bertindak  dengan berani untuk menyindir penganut beragama Islam seolah-olah penganut agama Islam terlalu jumud, kuno dan ketinggalan kerana tidak mengikut peredaran zaman. Malah mereka turut menyeru orang Islam lain untuk meninggalkan agama Islam yang dikatakan mengongkong kehidupan manusia untuk turut murtad bersama mereka supaya kehidupan menjadi lebih bebas dan bahagia. Dengan menunjukkan imej, pangkat, kestabilan ekonomi dan kejayaan yang dikecapi oleh seseorang Melayu Kristian, membuatkan seseorang Melayu Islam boleh tergugat keimanannya untuk turut sama menjadi murtad memasuki agama Kristian. Menurut pengakuan seorang bekas Melayu Kristian yang murtad selama hampir 10 tahun yang kini telah pun bertaubat dan kembali kepada agama Islam semula, bilangan Melayu Murtad sangat membimbangkan kerana angkanya kini telah menjangkau lebih puluhan ribu yang dapat dikesan.

Situasi ini menyimpulkan bahawa keagresifan pendakyah Melayu Kristian di Malaysia adalah benar. Dalam sebuah buku yang dikeluarkan oleh pendakyah Kristian bertajuk “Lakukan apa yang benar: Satu Panduan Perundangan yang Praktikal untuk Gereja-gereja Malaysia” menjelaskan tentang ketidakpuashatian mereka kerana adanya kawalan dan sekatan yang dikenakan ke atas orang Kristian untuk mendakyahkan agama Kristian kepada umat Islam di negara ini. Buku ini juga menjelaskan bahawa sekatan-sekatan yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia sebenarnya adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Melalui buku ini, mereka turut mendakwa bahawa larangan penggunaan Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran di gereja juga bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang membuat Bahasa Melayu sebagai subjek wajib di semua sekolah rendah dan menengah. 

Selain itu, buku ini juga mempertikaikan larangan penggunaan istilah-istilah khusus yang digunakan dalam agama Islam tetapi tidak dibenarkan untuk digunakan dalam agama Kristian. Semua larangan dan sekatan ini dikatakan dalam buku tersebut sebagai punca kepada ketidakhormonian kehidupan beragama di Malaysia. Dengan kata lain, buku yang diterbitkan dalam bahasa Melayu tersebut menunjukkan bahawa tindakan kerajaan yang menyekat kebebasan menyebarkan Kristian, menggunakan istilah tertentu yang digunakan oleh agama Islam dan membuat enakmen tertentu yang menghalang kebebasan agama Kristian disebarkan adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan menunjukkan ketidakadilan agama Islam itu sendiri. 

Buku ini sebenarnya bertujuan untuk memberi panduan kepada umat Kristian terutamanya Melayu Kristian mengenai panduan pengetahuan asas undang-undang supaya mereka boleh melaksanakan hak Perlembagaan mereka dalam mengamal dan menyebarkan agama Kristian di negara ini. Wujudnya buku panduan ini menunjukkan keagresifan gerakan Kristian menggunakan orang Melayu Kristian (yang murtad) untuk menarik umat Melayu Islam masuk agama Kristian memang sesuatu yang serius dan perlu diambil perhatian segera.

Apa yang dilakukan oleh pendakyah Melayu Kristian ini sudah pasti bertujuan untuk meyakinkan orang Melayu bahawa agama Kristian adalah serupa dan serumpun dengan Islam. Mereka juga cuba meyakinkan umat Melayu Islam di negara ini supaya orang Melayu yakin mereka masih beriman dengan Allah biarpun sudah mengikut cara hidup dan bersembahyang mengikut cara Kristian.

Perkara ini menunjukkan bahawa pendakyah Kristian dan golongan Melayu Kristian saling berkomplot dan berganding bahu mencabar sensitiviti orang Islam dengan menggunakan Perlembagaan Persekutuan bagi mengabsahkan usaha mereka menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam. Moga dengan beberapa pendedahan di dalam penulisan ini menjadi peringatan kepada seluruh umat Islam supaya berwaspada dengan jarum halus kristianisasi yang cuba disuntik dengan pelbagai taktik. Orang-orang kenamaan, mereka yang menjaga perundangan, mereka yang menjaga institusi-institusi keagamaan perlulah lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Janganlah disebabkan ingin tampak menjulang undang-undang, bangsa dan adat, agama dipertaruhkan.

Sumber: ismaweb.net. (5 Julai 2020), akarimomar.wordpress.com (20Ogos 2014), helenang.wordpress.com (25 Januari 2014)

Comments